Bom Jangka!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan Syukur kepada Hadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA memberikan kesihatan kepada saya untuk terus berkarya demi memberi pendedahan kepada anak bangsa. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad, para Itrah Ahli Baitnya dan seluruh warisnya. Semoga kita semua beroleh manfaat....
Sedikit update dalam kesempatan yang sempit ini buat tatapan semua pembaca setia disini...
Bom Jangka!
*Baca artikel ini sebelum meneruskan pembacaan disini...*Jangan baca jika kita tidak bersedia menerima sesuatu diluar jangkaan.
*Jangan lupa sampaikan kepada keluarga terdekat kita tentang perkara ini. Talian hayat terakhir kita.
1. Kenderaan rasmi POTUS iaitu The Beast telahpun tiba ke negara kita pada hari ini (24 April 2014).
2. Ia diiringi oleh beberapa rombongan bersama seperti sebuah Chopper, beberapa buah kereta pengiring rasmi dan askar pengiring.
3. USS Kidd telah lama berlabuh di Pelabuhan Klang.
4. Tinggal lebih kurang 48 jam sahaja lagi dari sekarang sebelum US Air Force One tiba di KLIA atau di Subang membawa sekujur jasad bernama Obama atau lebih dikenali sebagai Obomba dan saya suka memanggilnya Obomba. Lucu bila ada orang kata saya tak tahu mengeja nama Obama. Sedangkan kalau kita sebut Obomba, orang-orang di Russia dan Iran sudah faham apa maksud kita.
5. Obomba sudah rasmi mahu datang ke Malaysia pada 26 April 2014 ini. Tak lama lagi, Malaysia akan menjadi sebuah bom jangka.
6. Obomba sudah pun mengkomfemkan dirinya untuk masuk ke Universiti Malaya pada tarikh 28 April 2014 dan ke MAGIC pada 27 April 2014 di Cyberjaya. Di UM, Obomba akan merasmikan satu dana pemuda a.k.a Youth. Pada 26 April 2014 akan berlangsungnya makan malam rasmi bersama Raja-raja di Istana Negara. Dif-dif kehormat akan tiba di sana dan dikawal rapi. Pada siang harinya 27 April 2014, Obomba akan ke Masjid Negara untuk bertemu para Imam-imam masjid seluruh negara kita.
Persoalannya...... Obomba nak jumpa pak imam ni nak buat apa??? Cari Imam Mahdi kaaaa???
7. Pada tarikh 26 hingga 28, saya sarankan kepada rakyat agar tidak keluar ke Kuala Lumpur hinggalah ke Putrajaya. Kerana akan ada seal yang dibuat sepanjang hari tersebut meliputi segi tiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan Imbi, Bulatan Cheras dan beberapa lokasi lagi sehingga ke Putrajaya dan Jalan Duta. Rujuk gambar di bahagian bawah atau klik sini untuk pembacaan.
8. Oh ya, saya baru mendapat info, sebenarnya kepulauan Spratly telahpun dijual kepada China. Harta khazanah dalam MH370 telahpun terkubur di lautan dalam. Kemungkinan amat tinggi, bahawa MH370 tidak akan dinaikkan sekiranya perjanjian dengan US berjaya. Ini kerana, MH370 akan merugikan pihak yang menaikkannya kelak sekiranya perjanjian mereka berjaya. Namun sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia gagal, maka barulah MH370 dinaikkan demi kepentingan-kepentingan tertentu bagi mengugut kita.
9. Kesemua tuntutan Obomba dalam Trans Pacific Partnership telahpun dipersetujui pihak Malaysia dan hanya menanti masa untuk ditandatangani oleh Dato Seri Najib. Berdoalah agar perjanjian ini digagalkan...
10. Selain TPP, terdapat 8 perkara lagi yang dituntut oleh Obomba yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan dan pihak US iaitu berkisar tentang sekuriti, militer dan juga khazanah negara.
11. Ada banyak lokasi khazanah alam Melayu yang tersimpan kemas di atas muka bumi ini Semenanjung ini.
12. Kesemua itu akan digunakan bagi dua tujuan. Bergantung kepada siapa yang mengeluarkannya.
13. Sama ada tujuannya mahu menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW atau untuk menegakkan Islam palsu yang bakal dibawa Dajjal.
14. Dajjal akan datang dengan pakaian Islam. Dia akan menyamar sebagai pak Imam yang akan diikuti ramai orang.
15. Sekarang, sejak kebelakangan ini ramai yang bercerita tentag Hudud.
16. Saya gusar sekiranya Dajjal datang membawa Hudud dan sistem Khilafah kelak. Betapa ramainya umat Islam termasuk para Ulamak yang akan mengikutinya.
17. Semoga kita semua diberi peluang kelak untuk membuka mata tatkala fitnah Maha Dahsyat itu telah tiba di negara kita.
18. Masanya dah tak lama. Lambat laun akan tiba. Masa di mana fitnah Dajjal yang terbesar sampai ke tanah air kita. Mungkin dua tiga tahun lagi. Itupun setelah isu khazanah di alam Nusantara ini selesai dan isu genocide di Syam berakhir.
19. Semua ini akan berlaku selaras dan seiiring dengan apa yang Rasulullah SAWAW pernah sabdakan satu masa dahulu.
20. Akan bangkit Islam itu daripada arah Timur. Mereka akan diiringi oleh para pemuda yang hati mereka bagaikan kepingan besi.
21. Kalau kita baca sekali faham dan sekali imbas, maka jika adanya kebangkitan Islam daripada Timur berlaku dan berpaksikan pemuda, pasti kita akan ikut dan follow.
22. Tapi pernahkah kita terfikir? Bahawa, Dajjal itu akan datang dengan membawa penipuan????? Dan Dajjal itu juga akan menipu kita selaras dengan apa yang Rasulullah SAWAW sabdakan????
23. Pernahkah kita terfikir, kelak Dajjal juga akan datang dengan membawa Islam dari arah Timur dan dia akan menggunakan Islam itu sendiri untuk menipu daya umat Islam????
24. Pernahkah kita terfikir, bahawa Dajjal itu sendiri adalah seorang manusia biasa yang mana sangat cantik paras rupanya. Tidak seperti yang digambarkan di dalam Hadis, yakni bermata buta sebelah kiri, berdahi tertulis Kaf Fa Ra, berbadan pendek, rambut kerinting dan sebagainya....
25. Alangkah kepalangnya tatkala kita mendapati bahawa hakikat Dajjal itu tidak sama dengan apa yang kita faham daripada Al-Hadis.
26. Kerana itulah, kita harus berpandukan dengan penjelasan daripada Itrah dalam apa jua ilmu Islam agar kita tidak terkeluar daripada landasan ilmu yang telah digariskan oleh Rasulullah SAWAW kepada kita melalui para Itrah Ahli Baitnya.
27. Akhir zaman ini ramai orang akan tercari-cari khazanah.
28. Mengenai khazanah akan saya bahaskan kelak dalam satu artikel yang akan ditulis pada awal minggu hadapan InsyaALLAH.
29. Artikel itu akan membicarakan apakah kaitan para Itrah Ahlul Bait dengan khazanah-khazanah yang ada ini semua.
30. InsyaALLAH saya akan membahaskannya sedikit demi sedikit. Tetapi sebagai permulaan, ada baiknya tuan-tuan puan-puan bacalah artikel ini dahulu sebagai pembukaan. "Duka Sultan Tidak Bertakhta".
31. Artikel tersebut telah saya tulis pada tahun lalu ketika terjadinya tragedi Lahad Datu. Ini semua berkisar perebutan takhta, kekuasaan dan harta. Begitu juga dengan tragedi hilangnya MH370. Ia sama juga, berkisarkan harta. Yang menjadi mangsa, rakyat tidak bersalah.
32. Itulah apa yang telah Baginda Rasulullah SAWAW sabdakan sebagai Al-Wahn. Yakni takutkan mati dan cintakan dunia.
33. Berbalik kepada topik asal artikel ini. Mengapa saya katakan bom jangka?
34. Kerana negara kita sudah sampai ke satu tahap di mana, anytime jika tersalah petik picu, ia akan meletup dan hancur lebur.
35. Jika kita bijak memutuskan suis atau fius, maka selesai masalah. Namun ada halangan lain sedang menanti.
36. Di dalam kerajaan kita telah lama berlaku ketirisan. Ketirisan demi ketirisan ini telah menular sangat dalam. Asal ada dana masuk sahaja mau di paw nya.
37. Sejak bermulanya pemeritnahan Pak Lah, Malaysia telahpun secara rasminya memasuki NWO yang diasaskan oleh Yahudi di US.
38. Ketika itu, banyak perubahan telah berlaku...
39. Bisnes antara Malaysia dan Isreal telah terjalin.
40. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas arahan burung helang.
41. Pak Lah telah membawa masuk lobi-lobi Isreal dan US.
42. Banyak lagi lah kalau nak diceritakan.... Macam sembang di kedai kopi. Macam tu lah banyaknya.
43. Maka, Dato Seri Najib hanya sekadar meneruskan legasi yang ditinggalkan Pak Lah.
44. Apabila para pemimpin negara gagal memikul amanah dengan jujur dan baik, maka sudah pasti akan ada bala menanti kita dipenghujungnya.
45. Takutlah dengan Janji ALLAH dan RasulNYA kepada kita semua.
46. Seperti contoh, khazanah di Pulau Nangka. Sudah ramai yang kecohkan tentang perkara ini sejak pertengahan April 2014.
47. Sedangkan khazanah itu sebenarnya telahpun diketahui sejak bertahun lamanya.
48. Ada rakan-rakan saya sudah ke sana dan masuk sendiri melihat khazanah yang ada pada 2011 dan 2012.
49. Namun, mengapa hanya pada bulan ini baru mereka nak kecohkan kisah tentang khazanah di Pulau Nangka??
50. Mana pergi cerita khazanah di Palekbang?? Siapa conquer??
51. Ini semua cerita disebalik cerita bagi mengelirukan orang ramai. Kita disuruh fokus kepada Pulau Nangka atas beberapa sebab, sebaliknya kita lupa fokus lain.
52. Tujuan mereka menghebohkan mengenai Pulau Nangka adalah tak lain tak bukan, kerana masih tercari-cari waris empunya harta intelek di Pulau Nangka.
53. Kepada yang masih mencari, kalau nak kenal boleh hubungi saya. Tapi sediakan pengerasnya, wang Ringgit Malaysia sebanyak Dua Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Sahaja.
54. Nanti saya beritahu siapa orangnya....
55. Oh ya, Obomba datang Tanah Melayu nak mintak apa selain TPP, 8 perjanjian militer dan merasmikan beberapa acara???
56. Obomba datang nak cari kunci !!!!
57. Dia tertinggal kunci itu disini......... kerana tuan empunya kunci ada disini.
58. Kuncinya harus ada, sebelum masuk ke dalam pintunya.
59. Bak kata P. Ramlee.... "Ini Harta Ahmad Albab" yang punya. InsyaALLAH akan dibahaskan dalam artikel akan datang tentang perkara ini dengan lebih mendalam.
60. Maksud tujuan Obomba datang ke sini adalah bagi menyelesaikan isu dana, khazanah dan juga kekuasaan US - Malaysia yang sedang diperingkat terakhir sebelum boleh dilakukan satu peralihan kuasa besar. Ini bererti, para pemimpin negara kita sedang cuba 'menggadaikan' negara sendiri dan juga menjadikan tanah ini seperti sebuah bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.
Ingattttttt !!! Tanah Melayu ini ada penjaganya.......... ada tuan tanahnya !! Naga yang sedang tidur, sudahpun mula bangkit. Namun masih dalam mood mamai lagi. Jangan sedarkan sang Naga kalau belum bersedia bertempur !
Berdoalah demi kelangsungan hidup kita semua. Berdoalah agar semua harta khazanah alam Melayu kita tidak disalahgunakan oleh tuan empunya badan dan pihak kerajaan. Berdoalah agar orang-orang yang masih ada Islam di dalam dirinya tidak terjebak melakukan ketirisan itu. Berdoalah agar kelak satu masa nanti, kita akan menjadi salah seorang penegak agama Islam yang dibawa oleh Baginda Muhammad Rahmatan Lil 'Alamiin.
InsyaALLAH, doakan juga kesihatan dan juga keselamatan saya disamping dimurahkan rezeki untuk meneruskan usaha saya memberi pendedahan kepada rakyat sejagat. Doakan juga agar saya diberikan kesempatan dan kelapangan waktu untuk terus berkarya demi pengetahuan anak bangsa kita.
(The Beast isi minyak Caltex dengan Tech RON !)
Sekian dahulu catatan ringkas saya buat tatapan semua...
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
No comments:
Post a Comment