Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu
Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.
----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.
2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.
3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.
4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.
5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.
6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.
7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.
8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).
9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.
10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.
11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.
12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.
13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.
14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.
15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?
16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.
17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.
18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.
19. Pada 27 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.
20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.
21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.
22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.
23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.
24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.
25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.
26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.
27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.
28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......
29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.
30. Selain itu, Obomba juga akan dijangka hadir ke Cyberjaya pada hari yang sama bagi merasmikan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC). Rujuk sini.
31. Ada beberapa lagi lokasi lawatan rasmi Obomba yang saya tak dapat dedahkan atas beberapa sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
32. Apa yang saya pasti, kehadiran Obomba sudahpun dirancang awal sejak tahun 2013 lagi. Namun kedatangannya pada tahun lalu dikira sebagai gagal kerana pada ketika itu negara kita tidak mahu menandatangani TPP dan mahu menjalankan bisnes terbuka dengan pihak China.
33. Maka ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obomba telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.
34. Sebelum MH370 hilang, banyak kerangka pemindahan dana telahpun dilakukan dari British untuk dibawa masuk ke Malaysia.
35. Ramai individu-individu yang ada rasa cintakan kepada Islam dan mahu melihat agama yang dibawa Rasulullah SAWAW kembali bangkit di akhir zaman ini mula menonjolkan diri satu demi satu walaupun nama mereka hanya dipandang enteng oleh masyarakat semasa.
36. Kerana, hakikatnya masyarakat masih terpukau dengan cerita-cerita angan-angan yang disebarkan dalam kelompok majoriti. Kita masih fokus kepada perkara-perkara kecil yang tiada asas seperti mahu melaksanakan Hudud di negara ini, mahu menolak GST, mahu menegur kerajaan dan sebagainya. Sedangkan semua itu LANGSUNG TAK MEMBERI KESAN kepada perjanjian yang termetrai antara US dan Malaysia. Seandainya Hudud dilaksanakan di negara kita, ia haruslah selaras dengan perjanjian dengan pihak British dan juga keturunan Lord Reid sebagai pemegang pajakan Tanah Melayu dan ia harus dipersetujui oleh para Bankster daripada US, empayar Rothschild, Federal Reserve dan juga pihak Majlis Ulamak Saudi dan negara bersekutu. Sekiranya tidak, maka negara ini langsung TIDAK akan dibenarkan melaksanakan Hudud. Itu bererti, sekiranya Hudud mahu dilaksanakan pada ketika sekarang ini, kita telahpun selangkah masuk ke dalam jurang fitnah Dajjal. Sedangkan datangnya Imam Mahdi itu TIDAK akan membawa perjuangan mengenai Hudud semata-mata bahkan dia membawa perjuangan untuk menghapuskan sistem yang sedia ada yakni sistem yang dikawal mengikut telunjuk NWO, bukan semata-mata menghapuskan demokrasi waima kapitalisme. Kini fahamlah saya mengapa satu ketika dahulu Tun Dr Mahatir mengatakan, Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana kita akan tertutup dalam kelompok jumudnya fahaman terhadap Islam yang telah diserapi Wahabiah ejen As-Sufyaniah yakni penentang Imam Mahdi dan TDM sendiri pasti takut melanggar hukum Hudud yang hendak dilaksanakan kerana banyaknya salah laku yang akan dibongkar. TIDAK akan ada Hudud seperti disyariatkan di dalam Al-Quran akan tertegak di tanah ini selagi tidak ada kepimpinan yang boleh melaksanakannya. Saya amat yakin sekiranya Hudud dilaksanakan, maka yang paling utama harus dikenakan hukuman adalah para pemimpin kita semua termasuk pemimpin UMNO, PKR, PR dan PAS kerana banyaknya salah laku yang telah mereka semua lakukan. Ketirisan demi ketirisan yang langsung rakyat jelata tidak ketahui. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang langsung tak didedahkan. Amat beratlah kebenaran di akhir zaman ini kerana ia teramat pahit untuk ditelan. Maka, berjuanglah untuk membina tapak kepada kebangkitan Islam, bukannya berjuang mahu menegakkan hudud semata-mata sedangkan kita masih tiada tapak untuk bersedia dengan kebangkitan yang Rasulullah SAWAW janjikan.
37. Pada awal kehilangan MH370 dahulu saya telah menjangkakan yang MH370 akan dinaikkan sekiranya perjanjian antara Malaysia dan US berjaya. Namun setelah saya meneliti, saya lihat MH370 TIDAK akan dinaikkan sekiranya perjanjian itu berjaya.
38. Mengapa saya berubah fikiran dalam menulis artikel saya?
39. Mudah sahaja, kerana MH370 sekiranya ditimbulkan dan dinaikkan di media maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dari segi kerugian, tanggungan risiko insurans, tanggungan kepada kerajaan Malaysia dan US, kerugian Rolls-Royce, Saham MAS yang ditutup, kerugian Boeing, kerugian di pihak Obomba, kerugian di pihak Dato Seri Najib dan banyak lagi.
40. Kerugian ini satu demi satu akan dipersoalkan oleh badan-badan NGO yang mempunyai kuasa bersuara dalam masyarakat.
41. Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah. Inilah maksud saya yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini disini (rujuk point 8).
42. Kesannya, ramai yang akan terbunuh sekiranya khazanah itu diangkut naik dari Laut China Selatan dan ditimbulkan kepada umum.
43. Seperti yang pernah saya ingatkan dahulu.... "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati...."
44. Maksud kata-kata itu amat mendalam dan ia adalah prinsip dalam apa jua misi khas.
45. Sebagai kesimpulan ringkas, dana-dana daripada bank dunia yang dikawal oleh keluarga besar Queen Elizabeth dan juga British telahpun kembali dibawa masuk ke negara kita.
46. Kesemua dana ini harus dipulangkan kerana tempoh pajakan 100 tahun sudah hampir tamat.
47. Sedikit demi sedikit, perubahan demi perubahan sedang berlaku dalam sosio ekonomi negara kita.
48. Cerita tentang pengurusan khazanah alam Nusantara ini amat sukar hendak didedahkan kerana banyaknya tangan-tangan yang memerhatikannya.
49. Kerana adanya banyak agensi yang akan cuba mengambil kesempatan dari segi mencuri khazanah yang ada, memanipulasi informasi, menipu rakyat yang hendak mengetahui kebenaran dan pelbagai lagi.
50. Ada satu gerakan yang mendapat dana daripada seorang yahudi yang berpusat di Jalan Ampang, mereka sering mencari orang-orang yang berminat dengan khazanah akhir zaman ini untuk dimanipulasi. Merekalah yang memberi dana kepada ramai individu seperti Raja Nusantara, Raja Noor Jan, Almarhum Sultan Kiram III dan ramai lagi.
51. Kesemua mereka ini diberi dana khas datang daripada Hong Kong dan juga beberapa bank luar yang mana duit-duit tersebut datang dari hasil kotor dan dibersihkan di beberapa offshore bank seperti di Hong Kong, Labuan, Swiss dan lain-lain.
52. Dana ini bertujuan memberi kekuatan kepada individu-individu tersebut bagi mengumpulkan seramai yang boleh ahli-ahli mereka bertujuan mencari pemegang kunci khazanah sebenar pintu alam Nusantara.
53. Banyak siri penipuan terancang sedang dijalankan dan ia akan dilaksanakan satu demi satu.
54. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, tidak lama selepas MH370 hilang akan terjadinya satu perkara besar dan ia benar-benar sedang terjadi di negara kita tanpa kita semua sedari.
55. Rasulullah SAWAW pernah bersabda yang mafhumnya dapat kita fahami sebagai; "Kelak akan kering sungai Furat dan akan timbul segunung emas. Akan datang 99 pasukan merebutkannya dan hanya satu pasukan sahaja yang berjaya. Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu berebut hendak mengambilnya..."
56. Daripada hadis itu, maka jelas sekali ia sedang berlaku di rantau kita. Sungai Furat telah lama kering dan benar-benar bergunung-gunung emas sedang mula timbul di alam Nusantara.
57. InsyaALLAH, jika tidak ada aral melintang, perubahan kuasa dalam tampuk pemerintahan di negara kita tetap akan berlaku namun bagaimana ia berubah, saya tidak tahu.
58. Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obomba.
59. Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.
60. Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.
61. Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.
62. Hanya sekelompok kecil sahaja yang benar-benar mahu melihat Islam kembali tertegak dengan tidak melakukan apa-apa ketirisan.
63. Dato Seri Anwar Ibrahim tahu cerita tentang khazanah alam Nusantara.
64. Kerana itu dia pernah berjanji dengan janji gila kepada rakyat Malaysia dalam kempen PRU-13 yang lalu.
65. Kerana hubung kaitnya amat rapat dengan George Soros, Federal Reserve, Bank Dunia dan juga US selain dia tahu tentang kewujudan dana-dana akhir zaman ini dan bagaimana cara hendak memanipulasinya.
66. Semua ini berlaku tanpa kita sedari.
67. Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.
68. Mereka harus cari isu untuk bangkitkan kesedaran rakyat menyokong segala usaha mereka.
69. Telah menjadi kemusykilan besar dalam diri saya apabila Obomba menuntut 8 perkara rahsia yang tersimpan di KLIA, 8 perkara rahsia dalam militeri dan juga sekuriti negara disamping dia juga ingin bertemu dengan 3 individu pemegang nama-nama waris khazanah alam Nusantara serta ingin berjumpa Imam masjid.
70. Nak kata Obomba masuk Islam, saya rasa jauh sekali...... dia orang kuat dalam NWO. Islamnya pun tetap menentang ugama yang ditegakkan Muhammad.
71. Nak kata Obomba nak cari Imam Mahdi?? Dia kenal ke????
72. Nak kata Obomba nak beli khazanah-khazanah tu? Dia nak buat apa kan???? Dia pun dah kaya....
73. Jadi, korang fikirlah sendiri sementara menunggu artikel akan datang yang lebih kompleks dan memeningkan kepala. Bersiap sedialah dengan sesuatu yang diluar jangkaan. InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu dan direhatkan usia, saya akan terus berkarya memberi ruang input alternatif kepada para pembaca di negara ini. Ketahuilah, dalam 73 golongan yang mengejar akhirat, hanya 1 golongan yang selamat... iaitu golongan yang ada sifat Ikhwan dalam diri mereka serta tidak cintakan dunia dan tidak takutkan mati.
Apapun, saya dengan sukacitanya mengucapkan, "SELAMAT DATANG KE TANAH MELAYU kepada Obomba dan semua yang hadir. Terima kasih sudi menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. Mahu ambil tanah kami, silakan angkut dengan kapal korek. Tetapi jika mahu rampas hak kami, JANGAN harap kalian berjaya!"
Sekian.
Wassalam.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
No comments:
Post a Comment