Friday, April 25, 2014

Teori MH370 (6) - BradoKapak







Kehadiran Obomba Membawa Satu 'Rahmat'

Assalamualaikum Wbt.

Saya sedang bercuti sekarang dan berada di Pantai Timur. Saya akan mengikuti beberapa siri jelajah bersama para Habaib disini. Saya akan ke satu majlis bersama Habib Jindan bin Novel yang didatangkan khas daripada Indonesia. Sementara sedang berehat menghilangkan keletihan dalam perjalanan malam tadi, saya menerima beberapa update daripada informer saya seperti berikut...

1. Obomba telah comfirm untuk datang ke negara kita secara tertutup sekitar 24 April 2014 ini. Beberapa siri lawatan oleh orang kanan dan juga sekretari keselamatannya telahpun masuk ke negara ini seawal 4 April 2014.

2. Obomba datang secara terbuka pada 26 April hingga 28 April. Pihak media telahpun dimaklumkan berkenaan hal ini.

3. Malaysia telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership dengan US.

4. Sama ada perjanjian ini dibuat secara terang-terangan atau tertutup, saya tidak pasti.

5. Dengan termetrainya perjanjian ini antara Malaysia dan US, maka sudah pasti survival negara kita akan berpanjangan walaupun banyak perkara yang bakal tergadai.

6. Paling utama, dasar ekonomi negara kita harus ditukar kepada dasar terbuka dan pelabur serta pemodal daripada luar negara terutama daripada US dan sekutu mereka akan berbesar hati untuk memodalkan serta melabur banyak projek di negara kita terutamanya projek-projek kerajaan dan GLC.

7. Selain daripada ekonomi, pengawalan bahan mentan dan penyeimbangan juga akan terjadi di antara market yang dikawal oleh orang Cina dan market baru yang bakal membuka pasaran dan persaingan bebas.

8. Sistem kapitalis akan terlaksana dengan baik di negara kita seperti di US. Ini harapan.

9. Beberapa sekatan daripada pihak China telah dijalankan bagi menggagalkannya, namun tidak berjaya. Pihak Cina sedang cuba mengawal market bahan mentah seperti ikan, sayur-sayuran, dan makanan asas.

10. Kuasa ekonomi dalam negara kita cuba diseimbangkan antara kawalan market oleh Cina dengan membawa masuk dan mengimport lebih banyak bahan mentah dari beberapa negara luar seperti Aceh, US dan sekutu.

11. Dengan termetrainya TPP, maka segala mak nenek bahan asas yang berasaskan kimia akan dibawa masuk ke negara kita seperti Genetically Modified Organism (GMO) yang terkandung dalam beras, soya, tumbuh-tumbuhan dan juga bahan sintetik.

12. Kemasukan bahan-bahan GMO akan memberi persaingan hebat dengan market yang dikawal oleh pihak Cina.

13. Kemasukan bahan-bahan GMO juga bakal memberi masa depan yang cerah bagi kewangan kapitalisme di negara kita.

14. Namun, dari satu sudut yang lain pula, termetrainya TPP akan menjadikan negara kita hamba keparat kepada NWO dan juga rakyat kita akan semakin bertambah bodoh apabila mula mengamalkan pemakanan tidak sihat.

15. GMO adalah bahan asas yang dihasilkan di dalam makmal. Seperti contoh, kacang soya yang diimport daripada US bukan kacang soya yang ditanam selama tempoh matang sebaliknya kacang soya yang disuntik kimia untuk mempercepat penghasilannya dan mempercepat tempoh matang.

16. Natijahnya, apa yang bakal kita makan nanti akan mengakibatkan kesihatan kita terjejas dan boleh mengakibatkan kekuatan akal serta mental kita jatuh merudum.

17. Sedangkan di dalam Islam kita ditekankan agar mengambil makanan yang bersih lagi suci serta halal dan tidak was-was bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita disamping menguatkan akal dan fikiran serta mental ingatan kita.

18. Namun, antara makanan GMO dan juga makanan proses di kilang yang dihasilkan oleh kilang-kilang orang Cina TIADA bezanya.

19. Kalau GMO dihasilkan daripada kimia, maka makanan proses di kilang orang Cina pula dihasilkan secara 'nak cepat' dan 'nak untung'. Maka penghasilannya tetap tidak bersih dan tidak suci. Mereka mencampurkan banyak bahan-bahan kotor di dalam makanan. Seperti contoh, air gas berjenama yang banyak di jual dipasaran. Kita tak pernah tahu apa kandungannya. Kalau orang yang kerja di kilang air, mereka tahulah macam mana sebuah company Cina tu mahu memaksimakan keuntungan mereka dengan merecycle bahan-bahan terbuang!

20. Selain daripada kesan makanan pada tubuh badan kita, maka kesan kesihatan kita yang sudah pasti terjejas akan menyebabkan lebih ramai penduduk negara kita menghuni hospital dan klinik-klinik kesihatan.

21. Ini disebabkan kesihatan yang terjejas dek pemakanan tidak sihat yang diambil daripada makanan yang dihasilkan di kilang Cina yang kotor dan juga pemakanan tidak sihat yang diambil daripada GMO yang dibawa masuk selepas termetrainya TPP.

22. Maka secara tak langsung ia akan mengakibatkan harga bahan sintetik, uba-ubatan dan juga perkara berkaitan kesihatan akan melambung harganya.

23. Syarikat-syarikat GLC tidak lagi mampu menampung kosnya kerana kehadiran syarikat pemodal kesihatan daripada luar negara.

24. Orang-orang US dalam bidang kesihatan akan dibawa masuk kerana mereka telah berjaya mengawal market kesihatan.

25. Ini semua adalah idea bijak sang kapitalisme. Mereka menanamkan kepada kita harga murah pada makanan tetapi memberi hal-hal yang tidak sihat kepada kita. Lantas memeras kita dalam kesihatan pula.

26. Disini, akan ada banyaknya usaha-usaha untuk menjejak keturunan dan juga waris para perjuang dahulu kala.

27. Ada satu teknologi daripada UK - British dan juga US telahpun dibawa masuk ke negara kita iaitu 'DNA Detector'.

28. Teknologi ini tak perlu ambil darah anda, cukup dengan scan dahi atau mata (kalau tak silap saya) dan mereka dah boleh tahu siapa anda, keturunan mana anda dan kekuatan apa yang anda simpan??

29. Bayangkan anda adalah seorang keturunan perjuang Islam dahulu kala. Seperti contoh anda keturunan Tok Janggut yang melawan British satu masa dahulu. Sudah pasti sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada leluhur anda akan anda warisi.

30. Bayangkan di dalam hati anda telah terdetik hal hendak mempertahankan tanah air dan agama untuk melawan penjajahan.

31. Bayangkan sekiranya anda telah ditanamkan dengan ilmu ketuhanan, ilmu perang, ilmu persilatan dan banyak lagi ilmu hikmat yang boleh membangkitkan semangat akhir zaman dalam diri anda untuk menyerang tentera dajjal.

32. Bayangkan anda yang sudah terpalit dalam kehidupan NWO dan termakan makanan tidak sihat hasil GMO dan juga pengamalan gaya hidup yang tidak stabil. Sudah pasti anda akan berusaha mencari ikhtiar kesihatan untuk diri anda.

33. Bayangkan anda tidak mencari pakar kesihatan Islam tetapi anda datang ke klinik atau  hospital yang mengambil ubat-ubatan daripada US untuk merawat kesihatan anda. Sejurus anda datang sahaja, mereka terus menyuntik anda dengan ubat-ubatan dan juga vaksin.

34. Kini bayangkan pula jika doktor yang merawat anda itu adalah seorang kafir dan orang luar negara yang mahu menjahanamkan kebangkitan Islam dari Timur. Bayangkan juga jika doktor itu sudahpun bersedia dengan 'DNA Detector' dan juga ubat-ubatan yang boleh merosakkan lagi sel-sel badan dan sel otak anda.

35. Kini, anda telahpun meletakkan diri anda dalam satu jurang yang amat bahaya dan boleh mengakibatkan anda dibunuh secara terang-terangan dan nyata atau dibunuh secara tersembunyi melalui ubat-ubatan.

36. Di dalam dunia yang dikawal sistem kapitalis, TIADA apa yang tidak menguntungkan. Kesemua kesempatan yang ada akan dipergunakan sebaiknya oleh mereka yang berkuasa bagi menjaga kestabilan kewangan dan kekuasaan mereka disamping mahu mengekalkan dan menambah lagi keuntungan poket mereka.

37. Sekarang ini, pemimpin kita pun sudah mula berfikiran kapitalis dan berjiwa cintakan dunia. Maka termetrainya banyak perjanjian antara banyak negara berseukut.

38. Dari satu sudut, ia memang menguntungkan negara kita. Ekonomi juga bakal distabilkan selain kewangan dan 'cash flow' dalam negara kita akan bertambah lebih rancak. Dari segi ketenteraan dan juga hubungan diplomatik antarabangsa, negara kita akan mempunyai satusurvival yang lebih besar dan lebih berpanjangan serta kita juga TIDAK akan terancam oleh mana-mana negara dan kita TIDAK akan diserang oleh mana-mana negara. Jika berlaku serangan pun, ia bersifat dalaman bukan luaran. Sekarang ia terlihat seperti satu 'Rahmat' kepada kita semua dari segi survival ekonomi dan survival pertahanan negara.

39. Namun dari satu sudut lain, hal-hal yang bakal berlaku ini bukanlah 'Rahmat' untuk kita sebaliknya adalah satu ancaman penjajahan lebih besar dan bersifat jangka masa panjang untuk anak cucu kita. Ada 8 perkara tertakluk pertahanan dan sekuriti negara bakal tergadai. Ada sekitar 8 perkara lagi yang disimpan di KLIA juga bakal tergadai...

40. Semua itu akan tergadai sekiranya Malaysia bersetuju dengan segala tuntutan Obomba dan MH370 MUNGKIN akan dinaikkan selepas perjanjian menguntungkan kedua belah pihak.

Sekian update ringkas daripada saya yang sedang bercuti.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

No comments: