Wednesday, November 25, 2009

jati diri

Ketahanan Diri

Saya sangat meminati sukan Tennis & Badminton.. Pemain kesukaan saya adalah Roger Faderer utk tennis dan saya tak suka kehebatan Lin Dan disebabkan musuh terdekatnya adalah Lee Chong Wei iaitu pemain Malaysia..sebenarnya kehebatan Lin Dan adalah sama dgn Roger Faderer iaitu SUSAH KALAH dan sudah tentu saya akan meminati orang seperti Lin Dan walaupun saya sangat geram dengan beliau kerana selalu mengalahkan Lee Chong Wei krn jauh disudut hati saya MALAYSIA adalah negaraKU..

Pada permerhatian saya watak Roger Federer dan Lin Dan lebih kurang sama.. iaitu mereka mempunyai sifat JATI DIRI.. sifat SUKA KEMENANGAN.. Corak permainan mereka saya merasa konfiden akan berakhir dengan kemenangan.. Walaupun mereka tertinggal di set 1 tetapi kerap kali berlaku apabila ketinggalan set tersebut, membuatkan mereka akan MENANG pada set berikutnya.. Ini yang saya selalu pelajari dari mereka.. Kekalahan diawal permainan bukanlah membawa kepada kejatuhan emosi mereka pada berikutnya tetapi ia akan membuatkan mereka jadi lebih CEKAL & KUAT di set kedua dan di set ketiga akan berakhir dengan KEMENANGAN.. JATINYA mereka ini juga ialah jika mereka menang pada set 1, ia lebih membawa impak JUARA kepada mereka dan sudah pasti pihak lawan akan kalah pada set keduanya juga.. dengan ertikata mereka akan menang dengan straight set sahaja..

Ia berbeza dengan Lee Chong Wei.. Jika beliau menang pada set 1, saya akan risau kerana kebanyakan pemain baik tennis atau badminton, menang pada set 1 selalunya akan membawa kekalahan pada set berikutnya.. Jika Lee Chong Wei kalah pada set 1, saya akan lebih konfiden beliau akan memenangi perlawanan berikutnya.., sifat beliau ini saya rasa agak bawah sikit dibandingkan dengan sifat JATI yang ada pada Roger Federer dan Lin Dan..

Dalam hal ini saya dapati manusia ini sebenarnya suka di 'cabar'.. Jika mereka dicabar dengan kekalahan pada set 1, pada set 2 mereka akan bangkit berusaha melakukan dengan baik sekali dan memastikan tidak melakukan kesilapan.... Utk mendapat KEKUATAN dalam DIRI kita saya rasa perlu dipenuhi dengan MENGUASAI PERMAINAN ITU dan juga disertakan juga sifat JATI DIRI yang ada pada Roger Federer dan Lin Dan.. Maksud saya sifat MENGUASAI itu adalah menguasai perasaan kita terhadap perkara yang kita lakukan dengan perasaan YAKIN BOLEH, SENTIASA BERSEDIA, TIDAK TAKUT LAWAN dan paling penting ialah ILMU terhadap perkara tersebut.

Kenapa saya mengatakan begitu ialah dengan ILMU otak kita akan lebih YAKIN untuk membuat sesuatu perkara.. Jika ILMU tidak menguasai diri kita, maka otak kita akan lahir perasaan gementar, takut, gugup dan sebagainya..

Pokoknya yang paling penting adalah TAWAKAL kepada ALLAH dan YAKIN ALLAH akan bantu

No comments: