Wednesday, November 25, 2009

Pejabat

Cetusan Minda

Apabila kita diamanahkan tanggungjawab terhadap syarikat oleh Allah, patutnya kita menjadikan amanah itu sebagaimana kita menjaga amanah Allah terhadap diri kita..

Ini tidak.. kebanyakan orang kita tidak menganggap tanggungjawab terhadap syarikat itu penting dalam diri mereka.. tidak menganggap ia penting walaupun ia adalah amanah yang besar yang dianugerahkan oleh Allah..duit gaji hasil yang syarikat beri akan mereka suap atau makan kepada diri dan keluarga mereka.. Kenapa mereka boleh bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan sangat excelent tetapi terhadap syarikat sangat sedikit?

Mereka sanggup ponteng waktu pejabat kerana urusan peribadi atau keluarga..
Mereka juga sanggup menipu Allah, syarikat, doktor dan diri mereka sendiri utk mendapatkan MC supaya dapat menguruskan hal keluarga mereka..
Mereka juga sanggup datang lewat kepejabat tanpa rasa bersalah..
Mereka sanggup klim duit syarikat walhal klim itu hanya peribadi..
Mereka sanggup makan duit vendor walhal duit vendor itu ada unsur rasuah..

Adakah mereka sudah sediakan jawapan penipuan itu dengan Allah? Walhal ada mereka ini sudahpun menunaikan umrah atau haji di Mekah..

Saya selalu terfikir apakah yang terdetik dalam fikiran mereka sewaktu mereka melakukan penipuan ini..

No comments: