Thursday, November 26, 2009

2012

2012

Movie ini begitu mengerunkan saya.. tapi dalam hati saya sering mengingatkan bahawa ia semuanya karut-marut yang direka oleh mat saleh untuk mencari keuntungan semaksima yang mungkin.. Pada saya jika ia tiada tertulis didalam AlQuran maka ia bukanlah benar.. Dalam AlQuran dunia diakhir zaman sebelum akhirat mengatakan berbagai peristiwa akan berlaku sehinggalah tiupan sangkakala Malaikat membuatkan semua manusia akan mati.. tidak pulak mengatakan bumi akan tenggelam dalam laut saperti yang dibayangkan oleh 2012..

Saya pergi kerana suami beriya-iya mahu menonton movie ini.. Beliau memang suka cerita berbentuk grafik ciptaan manusia yang menampilkan wayang gambar itu seolah tampak benar berlaku.. Saya menonton bersama anak lelaki 5 tahun dan suami menonton di Plaza Shenlessure diMutiara Damansara jam 11;30 pagi..

Pada mulanya hati saya berkata apakah jalan cerita ini.. Adakah jalannya sama saperti movie US sebelum ini kebanyakkan ceritanya hero akan selamat bersama heroin atau keluarga mereka.. Tekaan saya memang tepat.. ending kebanyakan sama.. hero dan keluarga akan selamat..

Grafik kemusnahan bumi sangat menarik.. sehingga saya teruja atau betul-betul rasa takut melihat berlaku tsunami atau letupan gunung berapi atau bumi merekah disamping melihat watak hero menyelamatkan nyawa mereka dan keluarganya yang dilanda hukum karma itu....banyak babak-babak ngeri yang secara tak sengaja saya akan terjerit sendirian.. Sepanjang menikmati wayang gambar itu saya terfikir apakah kemusnahan bumi itu melibatkan keseluruhan umat manusia......? Dan bagaimana hero akan selamat..? Diawal cerita dibayangkan mereka akan menaiki kapal angkasa utk melarikan diri dan sudah tentu orang yang terhad sahaja yang akan selamat.. saya fikir agak hebat tetapi belum ada lagi sejarah bumi telah mencipta kapal angkasa..?

Sewaktu babak menyelamatkan diri ke angkasa lepas itu sebenarnya bukan angkasa lepas tetapi adalah 3 buah kapal berbentuk KAPAL SELAM.. Semasa itu terus terpacul dari mulut saya orang putih ini walau tidak mahu mengikuti ajaran islam tetapi segala kisah nabi semuanya mereka teladani.... Mereka sebijik meniru gaya Nabi NUH sewaktu menyelamatkan umatnya dari bencana alam balasan dari ALLAH kerana sebahagian umatnya tidak mahu mengikut ajarannya.. pada pertengahan cerita itu ada menunjukkan mereka memindahkan haiwan (zirafah/gajah/lain2) ke dalam kapal itu.. ia mengesahkan lagi tekaan saya bahawa mereka meniru Nabi NUH kerana dalam kapal Nabi NUH memang disediakan tempat kehidupan binatang2 yang hidup dibumi bagi menyelamatkan spesis haiwan ciptaan Allah itu..

Pada akhir cerita dibayangkan semua umat bumi mati tenggelam dibawah laut dah hanya tinggal mereka yang selamat didalam kapal tersebut iaitu orang-orang kaya yang mampu membayar tambang kapal itu (US1B) dan juga pekerja2 kapal berserta hero dan keluarga yang menyelamatkan diri mengikut pintu belakang kapal..

Jika dikira rating cerita ini saya memberikan 4.5 (5) kerana grafiknya yang cantik dan jalan ceritanya yang tanpa mereka sedar mereka menyokong nabi NUH iaitu Rasul orang Islam..

No comments: