Monday, November 30, 2009

halam + haram = halam

Semasa kecil dahulu aku teringat lagi, makanan ringan yang dijual dikedai runcit kebanyakannya tidak diketahui kesahihan halal atau tidak, contoh makanan yang kerap dibeli saperti biskut kahwin, biskut bulat atasnya krim warna-warni, kacang tumbuk, gepang, popo, jeruk, air botol dan sebagainya habis aku telan tanpa tahu siapa yang membuatnya.. Diera zaman itu pengusha makanan kebanyakannya bukan golongan melayu islam tetapi golongan bukan islam.. Cuba bayangkan berapa banyak makanan itu telah menjadi darah-daging dalam badan masyarakat melayu islam kita sehingga kan kini untuk membina satu perubahan minda amatlah sukar sekali mereka menerimanya .. lebih malang lagi ada syarikat bukan islam ini yang membuka kedai makan PERASAN mahu menarik pelanggan islam makan di kedai mereka dengan meletakkan logo HALAM (bukan JAKIM) didepan premis mereka.. Masih ada masyarakat islam yang makan dikedai mereka ini.. apatah lah yang membeli barangan keperluan..



KINI, alhamdulillah makanan kebanyakannya mempunyai logo HALAL JAKIM, bermakna masyarakat melayu kini semakin celik dengan ilmu agama.. dah tahu hukum memakan makanan diproses oleh bukan islam.. Tetapi aku dapati masih ada syarikat bukan islam ini yang kekal menyediakan makanan mereka.. Contohnya brand maggi (sos/mee/dll) , biskut, colgate, didalam hypermarket brand ini masih menguasai pasaran.. Amat payah sekali untuk mencari produk islam tulin berada didalam hypermarket saperti giant/tesco/carefour/dll..



Aku fikir dimana silapnya.. ? kenapa produk orang islam sukar sangat nak menebusi pasaran diMalaysia ini yang majoritinya orang islam.....? Ada ramai pengusha islam sudah pandai berniaga tetapi gagal mendapat sokongan hypermarket ini.... Kenapa aku seorang islam dinegara islam sukar sangat nak mencari produk orang islam..? contohnya ayam segar.. walaupun penjualnya orang islam, tetapi apabila ditanya mereka menjawab ayam itu datangnya dari penternak bukan islam... mereka cuma beli sahaja.....apa ni

itu tak termasuk lagi makanan spt sayur.. daging.. semuanya memuskilkan aku lah.. tak ada ke satu hypermarket HALAL disediakan dinegara ini khas untuk orang-orang islam yang bersifat was-was saperti aku ini.....kan senang... tak payah aku nak tertanya-tanya asal-usul barang tersebut.. Pada aku apa salahnya kami orang islam MENUNTUT HAK KAMI sebagai ISLAM.. inikan negara islam.. kenapa kerajaan kita susah sangat nak bina sebuah hypermarket khas utk orang islam.. ini bukan persoal perkauman atau tidak.. Ini persoal HAK GOLONGAN ISLAM mempertahankan suruhan ALLAH.... Para pemimpin kita banyak luang masa berfikir projek mega-mega spt projek jambatan, projek sukan, bangunan dan sebagainya tetapi mereka tiada masa untuk berfikir HAK DAN KEPERLUAN BANGSA mereka sendiri..

sedihnya apabila difikirkannya.. kenapa ia berlaku dinegara aku ini......




No comments: