Tuesday, July 26, 2016

Jauh beza masyarakat New Zealand - Mat Kuantum

Written By Wadah Baru on Selasa, 18 Ogos 2015 | 9:27 PG

Oleh Mat Kuantum 


Sejak balik dari New Zealand hujung tahun lepas, memang saya banyak complaint. Satu, sebab saya belajar di luar negara terlalu lama, hampir 7 tahun. Dua, New Zealand juga dikenali sebagai syurga dunia (paradise on Earth).

Di New Zealand, air bersih boleh terus di minum dari paip air tanpa perlu dididihkan. Negaranya sangat bersih termasuklah tandas dan jalan raya. Udaranya segar tanpa banyak pencemaran.

Masharakatnya beradab walaupun mereka tidak membaca karya al attas. Di tempat awam, mereka akan minta izin kita untuk merokok. Kalau kita tidak suka, mereka tidak akan merokok.

Di jalanan, orang awam yang menaiki kenderaan akan memberikan laluan di simpang dengan senyuman. Pengangkutan awamnya sangat efisyen.

Kalau jadual tunjuk 1.10 pm, kadang-kadang pukul 1.08 pm bas sudah sampai.

Apabila pulang ke Malaysia, saya seperti rasa diturunkan dari 'syurga' ke 'dunia'. Di Kuala Lumpur, air kotor. Jauh beza dengan air di New Zealand. Udaranya pun kotor dari asap kenderaan dan kilang.

Tandas tersangatlah kotor, jalan raya dihiasi dengan sampah.

Masharakatnya ramai biadab (walaupun bukan semua). Di restoran sampailah dalam tandas, ramai orang merokok tanpa memikirkan perasaan dan kesihatan orang lain. Sampai dalam tandas pun kau orang merokok.

Di jalan raya, ramai orang marah-marah dan penting diri. Bagi signal selama 10 minit untuk keluar simpang atau tukar laluan, pun belum tentu dapat laluan, silap-silap kena maki hamun. Pengangkutan awam jangan ceritalah.

Bas selalu lambat 2 jam pun tak ada rasa bersalah. Sekarang saya fikir politik bukan segala-galanya dan politik belum tentu dapat mengubah masharakat kita yang sangat penting diri.

Tidak perlu pergi jauh ke dalam falsafah kerana semua ini bergantung kepada perangai/sikap. Biadab, pentingkan diri, malas dan pengotor itulah yang wajib diubah. They look at the next election but we look at the next generation.

No comments: