Wednesday, July 27, 2016

Catatan Bajet 'Bagus' 2016

Written By Wadah Baru on Ahad, 1 November 2015 | 3:18 PTG

Oleh Mat Kuantum

Dekad-dekad 70 - 90-an, ramai sekali para pelajar di hantar ke universiti ternama luar negara seperti Oxford, Cambridge, Imperial College, Harvard, MIT dan Stanford. Mereka inilah yang diharapkan suatu ketika dulu untuk memajukan negara dalam bidang sains & teknologi. Tetapi setelah 20-30 tahun berlalu, cuba kita nilai dan lihat apa pencapaian mereka?

Rata-ratanya masih lagi menerbitkan artikel dalam jurnal berimpak rendah atau istilah kasarnya rubbish journals. Mereka terlalu obsess (ghairah) dengan kuantiti melebihi kualiti. Sangkaan mereka, menerbitkan 16 artikel dalam jurnal 'sampah' setahun adalah lebih bagus daripada menerbitkan 4 artikel dalam jurnal berprestij (prestigious journals).

Hal ini dapat difahami kerana mereka mengejar KPI (key performance indicator) untuk kenaikan pangkat, gaji dan jawatan profesor. Mereka tidak pernah faham apa itu asas dan falsafah pendidikan tinggi dan fungsinya dalam masharakat.

Dan inilah kerja saya sekarang ini - mengungkit balik cerita lama. Siapa saja yang saya jumpa dan bersembang, terutamanya lulusan luar negara, memang saya akan ungkit kisah mereka semasa di luar negara.

Mereka dulu mempunyai kebebasan semasa buat PhD di Barat, dan laluan mereka buat PhD di mudahkan. Antaranya, tidak perlu sebarang penerbitan artikel untuk lulus PhD. Dan thesis PhD dinilai dari segi kualiti, bukannya timbangan kilo (tebal dan barat).

Jadi, soalnya mengapa mereka lupa kemudahan itu sewaktu belajar di Barat dulu? Kenapa mereka bersetuju dengan polisi dan birokrasi yang menyusahkan di universiti?

Jawapan mudah, kerana mereka sudah melalui zaman susah semasa belajar dan sekarang mereka mahu honey moon (on the cloud 9). Mereka pergi ke Barat, belajar di sana kemudian apabila pulang, mereka terus lupa apa yang mereka belajar di sana. Maka benarlah kata Dr. Mahathir, 'melayu mudah lupa.' Hari ini, mereka itu duduk di atas kerusi empuk, memandu BMW dan selesa melihat orang bawah disusahkan.

Soalnya lagi, selain polisi dan birokrasi yang menyusahkan, apa lagi sumbangan mereka dalam sains & teknologi? Terlalu sedikit !!! Output is not comparable to input. Kebanyakan mereka sudah mati ghairah untuk majukan negara dalam bidang sains & teknologi.

Yang mereka tahu, mereka mengejar gaji tinggi. Kerana itu mereka sanggup melupakan bidang sains dan berada dalam pentadbiran kerana gaji dan jawatan. Hasilnya, bidang sains tak maju, bahagian pentadbiran hancur kerana diuruskan oleh orang yang bukan bidangnya.

 Jadi, apa perlunya membazir duit menghantar pelajar tahun 70 - 90 an ke Oxford, Cambridge, Imperial College, Harvard, MIT dan Stanford (kerana yuran di sana tersangatlah mahal) jika akhirnya mereka akan bekerja di jabatan pentadbiran juga?

Dan jangan terkejut, melalui sembang saya dengan seorang TNC, memang Vice Chancellor lebih cenderung melantik lulusan luar negara dari universiti ternama untuk memegang jawatan tinggi. Sad but true. Jadi, kalau lulusan dalam negara mahu mendapat jawatan tinggi, kebarangkaliannya sangat rendah. It does matter where you graduate !!! Dan kerana sistem inilah, kita banyak membazirkan duit dan bakat. Jadi, saya sentiasa menghasut kawan-kawan di luar negara supaya mencari kerja dan tinggal di sana. Tak perlu balik ke Malaysia.

 Di Malaysia tidak ada harapan dan cita-cita. Jadi, lupakan saja tanggungjawab kepada negara, lupakan niat untuk membangun negara. Apa guna balik Malaysia tetapi menjadi macai atau pengampu di jabatan kerajaan?

Jika profesor berjawatan tinggi itu pun tidak mampu ubah negara, apakah kalian fikir kalian yang baru saja dapat first degree mampu ubah negara?

Jangan buang masa, kerja dan tinggal saja di luar negara ! Sedarlah kalian bahawa sistem huru-hara yang ada sekarang ini hanya memerangkap potensi dan bakat kalian. Selagi kita tidak ubah sistem, selagi itulah negara kita tidak akan ke mana-mana.

Kita ini tidak pernah faham masalah, punca masalah dan kitaran masalah. Barangkali jika Einstein masih hidup dan menjadi warganegara Malaysia, dia juga akan diperbodohkan dan diperkudakan oleh sistem kita. Jadi, jangan tanya kenapa negara kita tidak ada pemenang Hadiah Nobel dan teknokrat terbilang !!!

No comments: