Wednesday, September 18, 2013

Ching Peng, Henry Gurney dan Presiden PAS

Posted on Wednesday, September 18 @ 09:29:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: HassanOmar

"Berbicara pasal Ching Peng, ramai berpendapat PR tak perlu terlalu fokus kepada isu ini, sedangkan banyak isu dan sejarah belum diperjuangkan.

Walau bagaimanapun saya lebih suka ulasan daripada Aziz Bari, beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

Aziz Bari berkata bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia bersifat manipulasi emosi veteran tentera dan polis.

Beliau berkata terima kenyataan Ching Peng sudah mati. Kenyataan yang sama oleh DS Anwar Ibrahim "Yang sudah itu, sudahlah"

Kerajaan sepatutnya tidak double standard dalam menghadapi pertualang negara. Apakah keistiwewaan Henry Gurney?

Henry Gurney dibunuh di Bukit Fraser pada tahun 1955 oleh PKM yang dipimpin oleh Ching Peng. Henry Gurny adalah Pesuruhjaya Tinggi British Di Malaya.

Sebelum jadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Malaya, Henry Gurney adalah Ketua Setiausaha "Palestine Mandate Government" yang bertanggungjawab dalam penubuhan negara Israel pada tahun 1948.
Ramai tidak menyedari perlantikan Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjayaannya di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Antaranya membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.
 

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Masih Ingatkah! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Henry Gurney disejarahkan dalam buku-buku sejarah Tingkatan 3 dan kita mempelajari dengan nilai yang baik tidak sebagaimana pensejarahan Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fekeh dll. Kubur Henry Gurney disemadikan di Cheras, di negara kita yang tercinta Malaysia.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Perlu difahami Henry Gurney dibunuh ketika status adalah Penjajah Tanah Melayu (Malaysialah bodoh). Apakah komunis yang membunuhnya itu dianggap pertualang Negara? Apakah status rakyat Tanah Melayu yang bekerja dengan penjajah sebagai polis dan tentera?? Talibarut ke??

Pakatan Rakyat kena tunjuk sikap yang jelas dalam pensejarahan ini bukan bermakna PR menyokong komunis.
Presiden PAS bila ditanya berkenaan Ching Peng terpinga, tak tahu Ching Peng sudah meninggal.

Aku tak marahkah Presiden, beliau sakit, kesihatannya sangat tidak baik tetapi 'terpaksa' tunjuk gagah demi perjuangan.

Yang aku berbulu SU-SUnya mana pergi? SU Politik lebih banyak buat kerja politik 'percaturan' dalam parti daripada kerja sebenar. SU Akhbar sebelum ini tinggal jawatan kerana 'bermasalah' dengan SU politik.

Jangan buat malu Presiden.

No comments: