Posted on Monday, September 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Azamin Amin
Sudah
lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir
menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita
kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama
ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya
rakyat bijak menilai.
Kontroversi dan sensasi, mula tercetus
sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan
perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu.
Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan
negeri, pendedahan mula membuka mata semua.
Berikut antara 16
fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan
kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai
panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:
1. 14 hari
dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak
bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat
Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar
negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.
2.
Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat
rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti
ke London.
3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun
2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang
pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja
Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.
4.Memberi
arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman
Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi
tujuan berjimat cermat.
5.Memberi hadiah pen berjenama mahal
kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi
MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.
6.Semua
pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding
Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu
sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.
7.Mahu menjual dan
mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan
Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47
bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong.
8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz
Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh
Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan
pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.
9.
Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai
Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari
berlangsungnya acara rasmi.
10. Mendapat teguran selama 1 jam di
Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas
insiden memalukan pegawai KCS tersebut.
11.Membeli kain berharga
RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding
Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan
harga RM19.00 sahaja.
12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon
Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan
sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah
penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan
terlibat.
13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat
menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan
Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri
oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.
14. Kuliah agama
pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di
hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk
anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00
sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim
Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.
15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.
16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar-wartautara
No comments:
Post a Comment