Perjanjian Geneva, Memali dan Lahad Datu.. Aku Pening! Posted on Monday, March 04 @ 21:01:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: HassanOmar
"
Sebelum ini aku dah pening bagaimana sikap Kerajaan Malaysia khusus Najib Razak bila menangani Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah. Aku pening pasal banyak sangat kenyataan kononnya mereka bukan pengganas.
Najib
bercakap, Sepupunya si Hishamuddin pun bercakap. Si Nazri yang keras tu
pun bercakap lembut gigi daripada Lidah bahawa yang datang tu bukan nak
buat masalah pun.
Bukan aku reka cipta, tapi di siarkan dengan jelas dan besar oleh akhbar kebanggaan kita bersama Si Utusan Malaysia.
Aku
jadi lagi pening bila mendengar dan melihat kenyataan Asisten Ketua
Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim
berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan
mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.
Kan bodoh rasa aku ini, tak faham apa itu Perjanjian Geneva!!
Bila
aku terkenang pula peristiwa di Memali. Penduduk Memali khususnya yang
berada di Pondok Ustaz Ibrahim Libya dikatakan pengganas. Saban hari RTM
menyebut dan menyumbat teliga penonton bahawa mereka semua pengganas
yang nak menawan negara kita Malaysia tercipta.
Ini Protokol Geneva?
Mereka
adalah pengganas yang amat membahaya, bayangkan dengan bertudung labuh,
sudah tua, bersenjatakan buluh runcing, perempuan pula itu... ada yang
kata dia ini "latah". Kan amat membahaya jika dibandingkan penceroboh di
Lahad Datu. bandingkan senjata mereka???
Mana ada bahaya?? Senjata biasa aje.. pelancar roket pun biasa aje!!
Pelik,
bila di Memali kerajaan guna kereta kebal dan kereta perisai! tapi di
Lahad Datu, berjalan kaki aje.. ti sebab kena 'ambus'!!
Bila
lihat gambar ini aku terasa bahawa Kerajaan sekarang banyak sangat
SANDIWARAnya.. Kerajaan yang lemah menzalimi rakyat harus di tukar,
kalau tak bertapa bodohnya kita tak boleh faham apa yang terjadi dengan
mudah.
itu aku belum lagi cerita pasal SAUK!!
Haji Hassan Omar
Kuala Lumpur,
http://hajihassanomar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment