Merdeka Tanpa Darah?
Merdeka Tanpa Darah?
2010-08-19T03:27:00+08:00
Admin
Informasi
Comments (11)
Sempena bulan kemerdekaan ini, MalaysiaSensasi teringin pulak nak menulis tentang kemerdekaan. Tetapi bukanlah perihal kemerdekaan itu sendiri, tetapi pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak disenaraikan nama mereka sebagai pejuang sejati. Bukan pula maksud MalaysiaSensasi untuk menukar sejarah atau menafikan sejarah, sekadar untuk menambah apa yang sentiasa ingin diluahkan oleh akal fikiran akan kisah-kisah pejuang kemerdekaan yang gagah berani.
Seperti kita sedia maklum, ada pihak mengatakan bahawa kita "merdeka tanpa darah". Bukan seperti Indonesia yang merdeka dengan darah dan buluh runcing mereka. Sebenarnya, sesiapa yang mengatakan bahawa negara kita merdeka tanpa darah adalah SALAH!!. Mereka menurut MalaysiaSensasi adalah orang yang buta sejarah. Masakan begitu mudah kita melupakan jasa Pahlawan Mat Saleh di Sabah, Rosli Dhobi di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang. Begitu juga dengan Si Puntum di Perak, Si Bongkok di Johor dan ramai lagi pejuang yang ada di antara mereka mati dibunuh dengan kejam. Paling tidak dihalau dari negeri tumpah darah sendiri.
Di Pahang, pahlawan tersohor Mat Kilau yang pernah muncul sekitar tahun 1969 sempat menceritakan kisah suka dukanya dihalau dari negeri sendiri oleh British. Beliau dihina, difitnah, diserang, diugut dan juga ditembak oleh musuh, tetapi apakah beliau mengalah?. Sesekali tidak! beliau tidak pernah mengaku kalah kepada penjajah. Beliau menjadi orang buruan, meninggalkan anak dan isteri untuk berjuang mempertahankan bumi Pahang bersama Datuk Bahaman dan bapanya Tok Gajah. Di Kelantan, beliau diburu oleh British, di Terengganu juga beliau diburu oleh British. Beliau seolah-olah terhina di bumi melayu milik mereka sendiri. Mujurlah di Terengganu itu, ada Tokku Paloh yang melindungi mereka dari pihak British. Namun itu tidak lama, akhinya beliau terpaksa lari ke Siam. Hiduplah beliau di Siam untuk beberapa lama.
Akhirnya apakah yang beliau dapat?. Gelaran Datuk, Tan Sri atau pingat kebesaran?. Amat menyedihkan apabila bapanya Tok Gajah meninggal di hadapan mata beliau. Meninggal bukan di negeri beliau sendiri, sedangkan beliau adalah orang kesayangan dan kepercayaan sultan ketika itu. Namun, beliau akhirnya meninggalkan semua yang ada demi untuk menghalau penjajah. Adakah di antara pemimpin kita hari ini yang ada sifat sebegini?.
Link: Jasa Mat Kilau
Pahlawan melayu ini terbaring sakit
"Ayah meninggal dunia di depan mata aki"
"Aki terpaksa menghadapi hukan peluru tentera Inggeris"
-Mat Kilau-
Dikelantan pula, Tok Janggut atau nama sebenarnya Hassan Bin Panglima Munas misalnya, pahlawan Kelantan yang gagah berani melawan penjajah, akhirnya mati dibunuh. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Kelantan. Bayangkan, betapa aibnya mayat seorang pejuang bangsa diperlakukan. Tidakkan tindakan sebegini menunjukkan bahawa British sebenarnya lebih jahat dari Jepun dan sama jahat komunis?. Tetapi itu tidak ditulis dalam sejarah, kerana dalam sejarah yang ditulis oleh mereka yang jahat itu hanya Jepun dan komunis sahaja.
Cuba anda perhatikan gambar di atas. Tok Janggut di gantung dan siapakah yang memegang senaoan tersebut?. Orang melayukah?. Talibarut British kah?
Mayat Tok Janggut
Di Sarawak, seorang anak muda yang sangat berani bernama Rosli Dhoby telah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Atas tindakan berani tersebut beliau telah dibunuh oleh British, beliau maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Sedangkan pada ketika itu mengikut undang-undang, beliau tidak boleh dihukum kerana di bawah umur pada ketika kejadian. Betapa liciknya permainan British.
Rosli Dhoby ditangkap oleh talibaru British!!!
Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Mereka inilah yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan.
Link: Surat terakhir Rosli Dhoby
Cukuplah sekadar 3 tokoh ini yang diketengahkan. Mat Kilau, Tok Janggut dan Rosli Dhoby. Bukankah mereka berjuang mati-matian sehingga titisan darah terakhir?. Bukankah ada berlaku pertumpahan darah?. Bagaimana pula dikatakan kita merdeka tanpa darah?. Adakah itu yang diarahkan oleh British untuk ditulis dalam buku teks sejarah sekolah?.
Kini, lambang kemerdekaan kita adalah Tugu Negara. Patung batu yang dibina menggambarkan bahawa tentera British lah yang memerdekakan negara ini, merekamemijak mati komunis kononnya. Tahukah kita bahawa mereka sebenarnya takut dengan komunis. Askar melayulah yang menjadi mangsa, terkena jerangkap samar dan cacat anggota badan. Tetapi yang dapat nama di Tugu Negara ialah askar British. Kemdian diabadikan nama-nama penjajah British itu sebagai pejuang dan anak-anak kita percaya, hingga mereka lupa nama-nama pahlawan melayu...
"Kaum kerabat" mereka inilah yang bersungguh-sungguh membunuh pejuang-pejuang melayu yang menentang mereka
Anda fikirlah sendiri. Ini adalah pandangan peribadi admin MalaysiaSensasi sahaja. Alfatihah untuk pejuang-pejuang Melayu - MalaysiaSensasi.Net
No comments:
Post a Comment