Selangor Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Pasukan Khas Tangani Masalah Tanah Felda
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
SHAH ALAM: Satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor akan diadakan hari ini berhubung pelantikan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai badan petugas khas bagi membela nasib peneroka Felda.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik Datuk Zaid Ibrahim mengetuai badan bertindak khas menguruskan dan membela nasib peneroka Felda di Selangor yang telah sekian lama terbiar.
"Beliau berpengalaman dan pakar dalam bidang perundangan serta mampu memberi nasihat dalam hal pemberi milikan tanah," katanya kepada media selepas hadir pada majlis perasmian Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini Selasa.
Abdul Khalid berkata, badan bertindak itu bertujuan mendapatkan geran kepada peneroka Felda atas tanah yang mereka kerjakan dan duduki selama lebih 15 tahun.
"Selain beliau, badan itu bakal dianggotai golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal pentadbiran tanah," katanya lagi.
Pada sidang media yang sama, Abdul Khalid menafikan desas-desus yang mengatakan kerajaan negeri akan menarik balik pemberian air secara percuma di negeri itu bermula Jun ini.
"Itu tidak benar. Pemberian air secara percuma adalah salah satu janji kita kepada rakyat dan sebagai satu tanggungjawab sosial kita pada masyarakat," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang remaja berusia 15 tahun yang ditembak oleh seorang anggota polis di Shah Alam semalam beliau berkata, satu perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat bersama dengan Ketua Polis Selangor bagi melihat dan menkaji kejadian itu.
"Kes ini telah menjadi kes polis, oleh itu kita kena memahami dulu apa yang sebenarnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan di ambil dari situ," katanya.
Menurutnya lagi, pihaknya juga berhasrat untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa tetapi bukan pada waktu ini kerana ingin memberi privasi kepada keluaga mangsa yang sedang bersedih.
Kelmarin, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid ditembak selepas suspek tiba-tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota berkenaan selepas polis berjaya menembak tayar belakangnya sebelum terbabas ke bahu jalan.
Mangsa yang bersama seorang rakannya yang melarikan diri menaiki sebuah Proton Iswara dikatakan enggan memberhentikan kereta walaupun diarah berbuat demikian oleh kereta peronda polis dan merempuh beberapa lampu isyarat merah.
Mangsa mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.
No comments:
Post a Comment