Tuesday, July 26, 2016

Tidak faham dengan perangai orang Malaysia

Written By Wadah Baru on Selasa, 13 Oktober 2015 | 4:08 PTG

Oleh Mat Kuantum 


Ada orang tegur bahawa saya terlalu keBaratan dan membawa budaya luar negara ke Universiti Malaya (UM) setelah pulang dari luar negara. Dalam mesyuarat, saya memang kritik sungguh-sungguh dan memberi idea-idea bernas. Lepas habis mesyuarat, saya terus masuk makmal untuk buat eksperimen. Orang lain minta mesyuarat 2 bulan sekali, tapi saya mesyuarat 2, 3 minggu sekali.

Orang lain jarang hantar laporan selepas mesyuarat, tetapi saya hantar laporan pada malam selepas mesyuarat.

Saya selalu datang kerja pukul 6:15 pagi dan balik pukul 7:45 malam. Tanyalah siapa dalam UM yang bekerja serajin saya. Banyak alatan dan bahan kimia yang saya beli guna duit gaji saya sendiri, bukan duit research grant. Saya memang dedicated & committed dengan kerja saya.

Jadi, sangat jarang ada bos yang tahan dengan kritikan dan perangai saya. Budaya rajin ini memang sudah dipupuk sejak saya disekolah menengah lagi.

Dulu, saya tidak tidur malam buat latihan soalan Matematik Tambahan (Add Maths). Hasilnya, percubaan SPM peringkat negeri Perak, saya dapat 98% untuk Add Maths. Bila sambung belajar ke Melbourne, saya baca secara purata 4 buah buku seminggu sewaktu semester akademik.

Bila sambung PhD di New Zealand, saya tidak tidur 2, 3 hari seminggu dan tinggal di makmal untuk siapkan eksprimen dan analisis data. Sewaktu bekas supervisor first degree saya di Melbourne datang ke New Zealand, soalan pertama dia tanya kepada supervisor PhD saya adalah, adakah saya bekerja keras (24 hours/7days).

Supervisor PhD saya pesan, jangan keluar dari makmal selagi tak dapat keputusan bagus untuk eksperimen. Jadi, apabila saya bekerja keras dan berdedikasi, saya berhak melontarkan kritikan untuk pastikan bahawa "l am working on the right track and making something worthy." Maka, saya tidak faham kenapa orang Malaysia tidak boleh terima cara saya bekerja.

Paling saya tak faham, kenapa bercakap terus terang dan mengkritik dianggap biadab. Sedangkan saya tidak menggunakan bahasa kesat/kasar, sinis atau sarkastik. Supervisor PhD saya pesan, 'as a scientist, you must speak in a clear and precise language.' (terjemahan: sebagai saintis, kamu mesti cakap dengan bahasa yang jelas dan tepat).

Jadi, saya memang tidak suka cakap berlapik kerana ia mengundang keraguan (syubhah/double meanings) dan agama menolak syubhah. Kenapa perlu kata bahawa cakap berlapik itu beradab? Siapa yang ajar? Why must you invoke double meanings and call cakap berlapik as an adab (etiquette)? It just doesn't make sense to me.

Dalam mesyuarat tak boleh kritik dan cakap terus terang tetapi di luar mesyuarat kuat mengumpat. Siapa ajar mengumpat ini? Agama tak ajar mengumpat. Saya tidak ada masalah apabila orang tuduh saya ajen Barat. Malah saya berbangga menjadi ajen Barat dan membawa budaya Barat (yang baik-baik) ke Malaysia setelah 7 tahun belajar di luar negara (Australia dan New Zealand).

Sayalah ajen Barat, bukan Anwar Ibrahim. Apabila saya mengkritik orang Malaysia terutamanya melayu, saya kritik tentang sikap dan perangai yang malas dan penting diri.

Bukannya saya menghina intelek atau paras rupa. Adakah kerana budaya malas dan penting diri menjadi dominan, maka apabila melihat saya rajin bekerja dan berdedikasi, ia dianggap sesuatu yang asing (alien)? Senang cerita, saya memang tak sesuai kerja di Malaysia kerana saya terlebih rajin dan kritikal.

Orang Malaysia tidak suka orang rajin dan kritikal, mereka suka pengampu. Mujurlah bos saya juga belajar di United Kingdom untuk first degree dan PhD. Jadi, dia agak faham saya sedang memberontak dan melawan sistem yang mengarut dan menyusahkan di UM. Apa masalah orang Malaysia ini sebenarnya?

No comments: