Saturday, May 16, 2015

Muhasabah Diri 1

Ada sesetengah bangsa melayu ni tak boleh alim sikit.. Bila terasa diri itu sudah menepati 5 rukun islam mula lah melihat kehidupan orang lain semua tak betul. Baik suami/isteri, anak-anak, saudara mara, kawan2-kawa mula lah mengatakan perbuatan org semuanya salah... hanya dirinya sahaja yg betul..Alim yang dicipta dalam dirinya tidak mengikut apa yang islam ajar..
 
Islam mengajar semakin mendalami dan menghayati agama Allah bukannya melihat orang lain semua tak betul atau salah tetapi islam menyuruh selalu muhasabah diri... Membentuk jati diri menjadi insan yang lebih sabar, tawaduk, berakal, rasional terhadap sebarang situasi.. Bukan nya cuba mengubah manusia disekeliling mengikut keadaaan diri yang dirasakan alim itu!. Islam mengajar semakin berat ilmu didada semakin bijak menyesuaikan diri dan menangani dalam keadaan apa jua situasi tak kira bersama keluarga, saudara mara, kawan-kawan maupun orang diluar sana..Maka lahirlan perasaan riak, suka mengumpat, ego dan bermacam lagi pada jiwa manusia ini..

Cuba mengubah orang lain mengikut aliran sendiri yg dirasakan diri sudah alim itu menjahanamkan lagi situasi social diri dia dengan dunia luar..Membuahkan perasaan tidak puas hati manusia disekeliling beliau.. Melahirkan masyarakat yg keliru, memendam jiwa dgn manusia saperti ini..

Aku mushkil manusia begini adakah ikhlas belajar agama krn Allah... ? Teringat kata2 ustaz walaupun manusia itu dipilih oleh Allah sehingga mrk ini hadir dalam majlis ilmu tetapi kalau Allah belum nak beri hidayah maka mereka inilah manusia yang paling rugi..............Semoga perkara ini tidak berlaku pada diri ku..Nauzubillah..






No comments: