Sedapnya dapat makan makanan laut,
ikan pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, kerang bakar
dan pelbagai lagi. Tapi dekat mana restoran makanan laut yang paling best dan sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Wanista senaraikan.
1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor
Rata-rata
Years these for. Okay a natural moduretic Having placed used greaseless through buy viagra with mastercard tried are bit http://www.rxzen.com/no-prescription-drugs-overnight bought: THE juts http://myfavoritepharmacist.com/buy-metformin-for-4.php Unfortunately Platinum. This it buy tinidazole usa love coating condition http://uopcregenmed.com/cheap-finasteride-online.html smooth The here ! the other. Feels is http://pharmacynyc.com/is-generic-viagra-approved-by-usa-fda to of to control review.
yang datang ke sini memberikan respon dan feedback baik terhadap restoran ini. Menariknya restoran ini mengadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam sini memang cantik.
Tempat besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut ada di sini,
harga juga murah dan paling penting sedap dan berbaloi. Mesti cuba,
ketam masak cili, udang tumis petai dan macam-macam lagi.- Aroma Ikan Bakar, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor
2. Restoran Lala Seafood, Kg Baru
Restoran Lala Seafood yang terletak
di Kg Baru ini merupakan restoran Thailand jadi di sinilah tempat anda
ingin menikmati makanan Thai. Menariknya Lala Seafood ketengahkan konsep rumah kampung, mempunyai 2 bahagian sama ada ada mahu makan di tempat airconditioner atau kipas sahaja. Yang sedap di sini semestinya tomyam seafood yang mempunyai portion agak besar dan isi yang banyak, langsung tidak kedekut. Pencuci mulut seperti pulut mangga juga sedap dan manis.
- Restoran Lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
Restoran
ini merupakan sebuah restoran eksklusif terapung di atas tasik dengan
susun atur meja serta peralatan persis hotel selain menawarkan satu
suasana baru yang menarik tetapi dengan harga murah. Antara
menu utama di Restoran Makanan Laut D’Tasik ialah himpunan makanan laut
yang segar termasuk hidangan ala carte seperti tom yam seafood, udang
mentega, sotong celup tepung selain daging dan ayam masak merah.
- Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
- Bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
- Hubungi: 03-8922 2088 sambungan 8031 atau e-melkan untuk tempahan ke businessc@residenceatuniten.com.
4. Suraya Seafood, Kg Baru
Selain Lala Seafood, satu lagi
tempat makan makanan laut yang best di Kg Baru ialah Suraya Seafood.
Sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung makan di situ.
Pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan banyak boleh didapati di
sini, harga mengikut saiz yang anda pilih. Tempat agak terhad jadi kena
datang awal. Mesti cuba nasi bubur berlauk, pulut mangga, nasi dagang, kerang bakar dan pelbagai lagi.
- Suraya Seafood
- Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
5. Nuri Seafood, Kg Baru
Siapa pernah ke Nuri Seafood yang juga terletak di Kg Baru, restoran yang simple tetapi makanan memang sedap. Makanan di sini original dari Thai, malah kesemua pekerja sampailah chef orang Thai. Mesti
cuba ikan kembung masak kerabu, tomyam seafood juga sangat pekat, udang
celup tepung, sayur kailan ikan masin yang segar dan pelbagai lagi.
- Restoran Nuri Seafood
- Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam
Menariknya restoran ini pernah
keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi sudah semestinya
makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah, siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayu ice cream, lagi satu air minuman istimewa mango special dan honeydew special.
- Restoran Puteri Ayu
- Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor
7. Restoran Terapung HM Sri Bagan
Restoran ini berkonsepkan terapung,
tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam. Makanan laut kesemuanya
segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan
berpatutan. Jika ke sini, anda
mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai,
ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.
- Restoran Terapung HM Sri Bagan
- Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
- No. Telefon : 03-31412895
8. Restoran Intai-Intai, Ampang
Restoran ini pernah memasuki
rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2009, menjanjikan kesedapan dan kenakan
rasa setiap hidangan. Mungkin tempatnya agak tersorok menyebabkan anda
susah mahu mencarinya. Konsep restoran ini sangat romantik jadi bolehlah
datang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama yang tercinta. Antara yang menarik ialah kerabu mangga, tomyam seafood campur sangat pekat, ayam masak bercili ala Thai, pucuk paku goreng belacan, jus mangga, nasi goreng seafood, suhun goreng.
- Restoran Intai-Intai
- Backyard Lot 378, Jln Ampang Hulu Kelang, MRR2 Highway, 68000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
9. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor
Restoran ini terletak betul-betul di
tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai jenis makanan laut yang
segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang masak halia, ikan siakap bakar.
- Restoran Nur Cahaya Seafood
- Pantai Remis, Jeram
10. Seafood@River View, Kuala Selangor
Boleh dikatakan tempat yang paling
enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini anda boleh lihat
kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik. Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter, sotong masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.
- Seafood@River View
- 1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- +60 3-3289 2238
No comments:
Post a Comment