Saya bersetuju dengan Dr Mahathir
yang politik wang sememangnya satu fenomena lama dalam UMNO. Ia berlaku semasa
beliau menjadi Presiden parti itu lagi, tetapi mereka tidak akan mengaku
menerima atau memberi wang dalam pengundian itu. Jarang-jarang saya bersetuju
dengan pandangan Dr Mahathir ini, tetapi isu politik wang sekarang ini saya
bersetuju dengan beliau. Politik wang masih berlaku tetapi tidak mempunyai
bukti untuk diketengahkan.
Anak beliau sendiri sedang
bersaing untuk menjadi Naib Presiden kali ini. Oleh kerana hanya dengan
membayar undi baru mendapat undi dari perwakilan maka ada kita mendengar
Mukhriz juga dikatakan membeli undi di Sabah
dan beberapa tempat yang lain, tetapi bak kata bapanya sendiri adalah susah
untuk membuktikan permainan politik wang ini dan kita mendengar juga Mukhriz
sendiri tidak dapat mengelak dari bermain cara politik yang sama.
Dr Mahathir juga membayangkan
yang semasa beliau menjadi Presiden UMNO, salah seorang atau lebih dari
Timbalan-Timbalan yang ramai itu bermain dengan politik wang. Ini memang
berlaku dari dulu lagi dan beliau tidak dapat mengawalnya.
Semuanya itu saya bersetuju
dengan Dr Mahathir. Tetapi saya akan lebih bersetuju jika Dr Mahathir memahami
yang politik wang ini bukan sahaja berlaku dalam masa pemilihan. Politik wang
ini sudah berlaku setiap waktu dan setiap tempat.
Apabila seseorang itu menjadi
pemimpin utama kerana politik wang, pemimpin ini akan mendapat tempat dalam
kerajaan dan mereka menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan hasil dari politik
wang tadi untuk terus memainkan politik wang. Memberikan peluang dan
menggunakan pengaruh keatas Petronas dan juga mana-mana agensi kerajaan untuk
mendapatkan laba adalah politik wang yang lebih besar dalam isu ini.
Dr Mahathir terlupa yang
keuntungan dan kemudahan anak-anak beliau mendapatkan kontrak besar-besar dalam
kerajaan itu adalah hasil dari politik beliau juga. Maka politik wang ini elok
kita hentikan sahaja isu ini kerana lagi kita bercakap tentangnya lagi banyak
permainan politik wang berlaku.
Kalau tidak kerana politik,
Mirzan tidak akan mendapat peluang menggunakan dana rakyat untuk melepaskan
beliau dari kegagalan beliau dalam perniagaan dahulu. Mirzan menggunakan hampir
dua billion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya.
Menggunakan wang kerajaan untuk
majlis pertunangan anak seorang pemimpin negara beberapa ketika dahulu itu
adalah politik wang. Ratusan ribuan wang rakyat di gunakan untuk majlis
pertunangan pemimpin politik ini. Memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)
adalah politik wang.
Mendapatkan ahli keluarga dana
yang murah dari kerajaan untuk membela lembu sebanyak RM250 juta itu politik
wang, kerana jika bukan kerana politik, orang yang saya maksudkan itu tidak
akan dapat menggunakan wang kerajaan begitu banyak.
Menggunakan kedudukan dengan
menyewa jet peribadi yang menelan belanja hampir seratus juta dalam tempoh tiga
tahun itu adalah politik wang. Beliau ini tidak akan mendapatkan peluang untuk
memerah keringat rakyat untuk membiayai jet-jet peribadi ini jika tidak kerana
politik.
Saya bersetuju dengan pandangan
Dr Mahathir ini, tetapi beliau hanya menyebut tentang politik wang hanya dalam
pemilihan UMNO sahaja. Dalam konteks ini kita semua teringat beliau gagal untuk
menjadi perwakilan UMNO Kubang Pasu oleh kerana politik wang.beberapa tahun
dahulu.
Beliau kalah dalam pemilihan itu
kerana beliau tidak mempunyai pengikut setia dan beliau sendiri kalah untuk
menjadi perwakilan kerana politik wang itu. Selama ini beliau di ikuti ramai
kerana pangkat yang ada kepada kita sahaja. Apabila kuasa hilang hendak jadi
perwakilan ke Perhimpunan Agung pun gagal kerana politik wang itu.
Itu sebabnya jika kita tidak
mempunyai sokongan kita akan gagal dengan musuh kerana musuh hanya menggunakan
wang sebanyak RM200 bagi menolak kita dari menjadi perwakilan ke Perhimpunan
Agung UMNO.
Dalam pemilihan kali ini,
calon-calon terutamanya calon-calon Naib Presiden, wang merupakan penentu kalah
menangnya calon itu. Itulah sebabnya mana-mana Menteri Besar yang tidak turut
serta dalam pertandingan kali ini sangat beruntung kerana tidak payah bermain
dengan pembelian undi yang belum pasti membawa kemenangan dalam pertandingan
itu.
Jika ada Menteri Besar menyertai
pertandingan kali ini ia sudah pasti bersedia dengan wang ringgit yang banyak
untuk di taburkan kepada perwakilan.
Itu sebabnya UMNO sudah menjadi
parti yang dianggap ‘jahanam’ kerana tiada wang tiada undi. Rasuah sudah tidak
dapat di kawal lagi dan ia tidak akan dapat dihapuskan lagi. Rasuah dan UMNO
itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar diantara satu dengan yang lain.
Tiada UMNO tiada rasuah besar, dan jika tiada rasuah besar UMNO akan hilang di
muka bumi ini.
Rasuah sahaja yang boleh
menyelamatkan UMNO itu. Jika ada pun cara lain untuk mengelakkan permainan wang
dalam politik ini ialah dengan mengenepikan semua pemimpin UMNO dalam pemilihan
parti itu.
Tetapi kalau hendak buang semua,
siapa pula yang mereka hendak undi? Sebabnya yang ditandingi itu rasuah dan
yang menandingi juga adalah perasuah. UMNO tidak akan dapat membetulkan keadaan
ini sendirian. Ia memerlukan semua parti dalam BN itu menggunakan tindakan yang
dihalalkan oleh demokrasi untuk menukar semua pemimpin UMNO itu.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang baik
tidak mahu bertanding kerana ahli-ahli dan perwakilan sudah di budayakan
memberikan undi kepada mereka yang menghulur wang rasuah dalam pemilihan.
Oleh itu tidak ada ruang untuk
pemimpin bersih untuk mengambil alih kepimpinan UMNO itu jika tidak dibantu oleh
parti-parti yang insaf dalam BN itu.
Dalam hal ini Dr Mahathir kena
bersetuju dengan saya pula.
11 comments:
-
Rasuah duit untuk kuasa, telah saya alami tahun 80an Selaku Kt.Pemuda
Cawangan, saya sentiasa di cari untuk "membantu" kemenangan calon
Kt.Pemuda beliau menang besar, kami pula di bawa melancong ke Indonesia.
Calon ini menetap di K.Lumpur dan hanya balik ke bahagian apabila ada majlis dihadiri menteri atau Perdana Menteri sahaja.
Balacinya bertugas dua puluh empat jam untuk Kt.Pemuda ini. Dia mendapat segala2nya. Itu tahun 80an.
Sejak akhirni dia telah tidak lagi menjadi menteri tapi sudah cukup kaya raya. Saya yakin mondus operandinya sama rasuah untuk mendapat kuasa itu.
Saya menyesal dengan apa yang saya laku, sokong membawa rebah.
-
Salam Pak Aspan,
Perkara berkaitan politk wang ini sudah berkumandang sekian lama, malah ada pemimpin UMNO yang didapati bersalah oleh parti kerana menggunakan wang. Justeru politik wang memang menjadi rahsia umum sejak berdekad lamanya. Ia memang sebati dengan jiwa pemimpin dan ahli UMNO. Ia telah menjadi 'norm' atau tabiat semulajadi apabila ada sahaja pertandingan dalam parti baik peringkat mana pun.
Panggil apa sahaja politik wang atau rasuah, tidak ada bezanya. Ianya seperti kata mat saleh "two sides of the same coin", tak ada bezanya. Maka berlandaskan inilah segala urusan melibatkan wang untuk setiap urusan baik dari membeli undi kepada urusan perniagaan atau apa sahaja.
Negara yang kaya ini dimusnahkan dengan amalan rasuah yang tidak ada penghujungnya 'corupt to the core'. Cubalah kita lihat-lihat sikit dengan negara lain seperti korea selatan dan taiwan bagaimana mereka serius menangani gejala ini. Sudah tentu tidak ada sistem yang sempurna, namun usaha untuk membendung amalan sebegini telah mencapai tahap yang baik oleh negara-negara tersebut.
Korea Selatan mungkin contoh terbaik. Negara yang hampir musnah akibat Perang Korea dalam tahun 60an dengan sumber semulajadi yang terhad telah bangkit sehingga menjadi salah sebuah kuasa ekonomi dunia hari ini. dalam tahun 70an GDP-Perkapita negara ini berada di bawah Malaysia tapi cuba tengoklah apa yang berlaku hari ini.
Korea Selatan juga sebelum krisis ekonomi 1997 dikatakan kuat mengamalakan rasuah sehingga para ibu terpaksa menyogok guru sekolah untuk mendapat perhatian dari guru. Tetapi selepas 1997 dalam memperbaharui ekonomi, salah satu agenda adalah menghapuskan rasuah dan negara itu berjaya.
Kalau bercakap pasal agama, berbuih keluar nas dari Al-Quran dan hadis, tapi apabila bab politik wang, penyelewengan dan rasuah tidak pernah pernah ada kesedaran.
Apakah negara kita termasuk di dalam senarai negara-negara Islam dan dunia ketiga yang menduduki tempat teratas dalam bab rasuah?
-
Dulu, Kini Dan Selamanya rasuah membudaya dan berakar didalam UMNO.
Rakyat yang menjunjung pemimpin UMNO dari kalangan koruptor ini adalah
rakyat yang berjiwa "kurap". Sedihnya melayu yang kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang pun boleh menjunjung puak puak koruptor ini.
Betul betul melayu begini berjiwa hamba lagi bahlul. Kalau yang "makan
besar" menyokong UMNO kita boleh faham, tapi yang "telan hampas" pun
sokong UMNO...ini yang pelik. Tapi apa nak buat. Memang melayu dalam
UMNO kalangan bodoh. Tun Mahathir yang endorse kenyataan ini.
-
Sebenarnya dalam hal corruption ni ianya tidak memilih parti.Anuar
semasa memegang jawatan menteri kewangan dulu dengarnya hebat
mengamalkan corruption.Dalam business diluar sana masyarakat Cinalah
hebat mengamalkan corruption dan mereka menggunakan wang bagi membeli
'favour'.
Corruption ni sama juga dengan 'Prostitution' tidsk mudah dihapusksn.Benda sedap macam 'Prostitution' boleh hapus ke ?.
Seronok tengok Melayu membodohkan Melayu dalam merata blog demi mahukan kuasa.Siapa bodoh?.
SBA
-
Saudara SBA,
Saya tidak hairan negara kita terus terjerumus dalam kancah rasuah kerana ramai orang melayu berpikiran seperti saudara..'denial syndrom' dan sikap 'apologetic' sudah sebati..
biar rasuah biar menyelewang, janji melayu..
-
mahathir sudah dapat baca..kemenangan mukhriz akan dibatalkan kerana
mengunakan rasuah wang untuk mukhriz memenangi naib presedin umno...
sebelum berlaku..beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk mengheret semua pemimpin umno terdahulu yg mengunakan wang...ini supaya tiada tindakan diambil keatas mukhriz yg mengunakan wang untuk menang...
-
Dah pernah buat jahat sekurangnya sempat juga bertaubat tp ada juga yang terus buat dosa sampai ke liang lahad.
-
Siapa bodoh?
SBA lah BODOH
-
Tuan Aspan,
Kupasan yg menarik. Inilah sebabnya ramai remaja dah tak minat dgn UMNO.Kita terpaksa tunggu hingga generasi sekarang dah tiada utk menukar kerajaan baru yg tak rasuah.
Peredaran wang terutama dlm pemilihan Umno sudah cukup utk membiayai pendidikan anak anak kita dari SRK hingga IPT.
Saya baru pulang dari Negara Jiran Indonesia, di katakan pelajar tidak di kenakan tuition fee di IPT dan pelajar juga mendapat biasiswa ala kadar utk support wang makan dan penginapan.
Nas
-
itu sebab pemilihan ahli majlis tertinggi dll di pilih oleh hampir 124
000 orang ahli umno.disini jelas untuk memintas politik wang.ramai yg
pilih.ahli umno sudah matang dan bijak. semuanya ini untuk elakkan
politik wang dan kroni.Tahniah PM kerana berjaya mengurang dan
membenteras.Bijak.macam pemilihan Barack Obama .berjuta terlibat.kini
pemimpin umno dipilih oleh akar umbi orang melayu dan tulen bagi
menang.124 000 yg pilih.betul dan tepat dan benar dan ikhlas.
-
SBA ...ada juga org mcm hang niee
No comments:
Post a Comment