Thursday, June 20, 2013

Hijrahkan diri demi mengelak minda yang jumud

amat sukar jika berada di lokasi baru, kita membawa tabiaat lama.. Selalunya orang yang berada disesuatu kawasan dalam keadaan yang lama (10-20 tahun), mentaliti kebanyakkan nya tidak berubah dan boleh jadi juga sukar berubah...dlm erti kata jumud..payah menerima pandangan orang lain terutama pandangan orang baru..

Sebab itu apabila berlaku perubahan sesebuah organisasi , mereka akan lakukan perubahan keseluruhan baik dari pihak atasan sehingga bawahan.. Keadaan ini salah satunya disebabkan sukarnya menangani mentaliti 'orang lama' ini... Kuat melawan, perasan bagus, perasan senior, taknak berubah, adalah contoh2 masalah orang lama dalam sesebuah organisasi..

Sebab itu dalam islam menggalakkan umatnya sentiasa berhijrah kepada perkara yang baharu dah yang lebih baik.. Kerana penghijrahan ini selalunya sikit sebanyak merubah minda mereka yang berhijrah, mengubah hati menjadi lebih cekal dan bersederhana, menerima idea2 orang lain tanpa mengira usia dan seniority... Menjauhkan sikap bongkak dan sombong terhadap sesuatu yang dipegang.. bermuhasabah diri bahawa ilmu Allah itu sangat lah besar, jauhkan takbur dgn ilmu anda yg hanya sebiji delima..


No comments: