Thursday, March 14, 2013

Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
Diterbitkan: 1992

 
MENGAPA ALLAH SWT menurunkan ayat-ayat Al Quran kepada Rasul-Nya secara beransur-ansur dan tidak sekaligus? Mengapa didahulukan ayat-ayat Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah? Dan mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah "jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”, sebaliknya didahulukan dengan menanam iman? Umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan itu. Kerana mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH.
Sebab itu Rasulullah SAW memulakan perjuangannya dengan mendakwahkan ayat-ayat Makkiyah kepada seluruh umat jahiliah. Ayat Makkiyah ialah ayat tentang aqidah dan akhlak. Yakni ayat-ayat tentang ALLAH, sifat-sifat-Nya, malaikat, para rasul, Hari Akhirat, Alam Barzakh, Syurga, Neraka, tentang kedaifan manusia dan lain-lain lagi. Tiga belas tahun lamanya Rasulullah menanam aqidah ke dalam jiwa umatnya. Apabila sudah ramai dari mereka yang memeluk Islam dengan hati yang sudah terlalu cinta pada ALLAH, rindu dengan Akhirat dan gerun dengan Neraka ALLAH, barulah Rasulullah memulakan susunan sebuah masyarakat Islam di negara kecil Madinah. Di sini barulah turun ayat-ayat tentang syariat.
Perlu diingat, ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian. Di tahap inilah baru turun wahyu tentang bagaimana menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. Yakni bab-bab jenayah, hudud dan qisas, di samping ayat-ayat tentang jihad, ekonomi dan lain-lain lagi. Yakni sesudah terbentuk satu masyarakat Mukmin yang majoriti ahlinya adalah orang-orang soleh dan solehah. Iaitu yang ber-akhlak mulia lagi tinggi. Masyarakat yang sudah berwibawa, yang disegani oleh umum. Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya.
Hudud datang untuk membersihkan penjahat-penjahat dalam masyarakat yang sudah tidak dapat dibaiki dengan kata-kata nasihat lagi, yang bilangarmya terlalu minoriti. Dan hudud juga memberi peluang kepada orang-orang yang bersalah untuk menerima hukuman di dunia. Supaya selamat dari Api Neraka di Akhirat. Dengan datangnya hudud, masyarakat salafussoleh tidak lagi diganggu oleh penjahat-penjahat. Lalu tercetuslah sebuah masyarakat yang indah, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Saya ingin merakamkan satu kisah yang berlaku di zaman Sayidina Umar Al Khattab, yang menunjukkan suasana masyarakat Islam yang layak untuk melaksanakan hukum hudud. Seorang lelaki bemama Hassan dalam perjalanan musafir telah singgah berehat di bawah sepohon pokok di sebuah kampung. Semasa Hassan tertidur, unta tunggangannya telah merayau-rayau ke kebun tanaman penduduk di desa tersebut. Tuan punya kebun telah membaling unta hingga mati unta itu. Apabila Hassan terjaga dan didapati untanya sudah mati, maka dalam keadaan yang masih tidak normal (kerana bat-u bangun tidur), ia tents membunuh lelaki yang membunuh untanya itu.
Hassan menyerah diri dan ia dibawa ke mahkamah yang tuan hakimnya ialah Sayidina Umar sendiri. Hassan dikenakan hukuman bunuh. Hassan menerima keputusan itu, cuma beliau membuat rayuan agar ia dibenarkan pulang ke kampungnya untuk selesaikan urusan hutang dan memberitahu ibu bapanya yang sudah tua serta anak isterinya. Sayidina Umar tidak boleh membenarkan kecuali ada orang yang bersedia menjadi penggantinya sekiranya Hassan tidak datang lagi untuk dihukum. Kerana simpati dengan Hassan, ada seorang Sahabat, Abu Zar Ghifari, yang merelakan dirinya untuk menjadi pengganti Hassan.
Maka pulanglah Hassan ke kampungnya untuk mengucap selamat tinggal pada keluarganya. Selesai bertemu dengan mereka, bersegeralah beliau berangkat untuk menerima hukuman bunuh. Oleh kerana perjalanan jauh, tali ras kudanya putus. Hassan hampir terlewat sampai pada tarikh yang dijanjikan. Sayidina Umar telah bersedia untuk menghukum Sahabat yang menggantikannya tadi. Tetapi sebelum kejadian itu berlaku, Hassan tiba-tiba muncul. Suasana sungguh mengharukan. Terharu dengan kejujuran Hassan, keluarga orang yang kena bunuh telah berlembut hati, lalu memaafkan kesalahan Hassan. Maka tuan hakim menerima pemberian maaf dan membebaskan Hassan dari hukumannya. Hassan tidak jadi dibunuh.
Demikianlah satu kisah mahkamah yang pernah berlaku di zaman salafussoleh. Untuk kita melihat kedudukan dan fungsi hudud yang sebenarnya.
Pertama, kita lihat bahawa perlakuan jenayah itu bukanlah satu perbuatan yang sengaja dengan niat dan perancangan jahat oleh orang yang memang jahat. Kes jenayah yang terjadi itu adalah kes yang tidak sengaja, kes terlajak atau perbuatan yang tidak dapat dikontrol nafsunya hingga timbul kisah yang sungguh-sungguh mengharukan. Tetapi demi keadilan, pesalah dibicarakan.
Tuan hakim begitu bertaqwa, adil dan tegas. Bukannya tuan hakim tidak simpati dengan pesalah yang tidak sengaja itu, tetapi dia mesti mendapatkan seorang tebusan tmtuk menggantikan si pesalah sekiranya pesalah itu melarikan diri dari hukuman. Dan bila didapati pesalah tidak hadir tepat pada masa yang dijanjikan, tuan hakim dengan tegas mahu menunaikan janjinya kepada Sahabat yang menjadi tebusan itu. Begitu baiknya hati Sahabat berkenaan, bersedia untuk mati demi seorang saudara se-Islam yang lain. Alangkah jujumya Hassan terhadap keputusan mahkamah. Ia boleh lari dari hukuman kalau ia mahu. Dan betapa lembutnya hati keluarga si kena bunuh untuk memaafkan pesalah.
Itulah yang saya maksudkan masyarakat yang ahlinya sudah baik-baik dan soleh-soleh belaka. Mereka hidup aman dan makmur dengan tidak membuat dosa secara sengaja kepada ALLAH. Mereka mudah memaafkan, bertolak-ansur, tegas, kasih sayang dan lain-lain lagi. Inilah masyarakat orang bertaqwa yang sentiasa mendapat keampunan dari ALLAH. Bahkan pintu-pintu berkat di langit dan bumi terbuka untuk mereka, berdasarkan firman ALLAH:
Apabila penduduk sebuah kampung (negara) itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami (ALLAH) akan bukakan pintu berkat dari langit dan bumi. (Al A’raf: 96)
Dan kiranya mereka diganggu oleh masalah-masalah jenayah sama ada sengaja atau tidak, biasanya pesalah menyerah diri untuk dihukum. Maka untuk penyelesaiannya, hukum hudud pun dikenakan. Biasanya pesalah redha dengan hukuman demi mengharap keampunan ALLAH dan pelepasan dari Neraka di Akhirat. Dan selalunya mereka terlepas dari hukuman kerana dimaafkan oleh pihak yang terlibat.
Bandingan masyarakat ini dengan hukum hudud itu ialah umpama seorang pesakit kencing manis yang sebahagian badannya sudah reput. Kalau dibiarkan tidak dipotong nescaya akan menyusahkan atau berjangkit kepada anggota-anggota lain yang masih sihat. Maka dengan redha pesakit mere&an anggotanya itu untuk dipotong. Memang ha1 itu berat untuk dilaksanakan tetapi ia akan jadi lebih berat kalau dibiarkan. Maka hukuman perlu dibuat demi keselamatan ramai dan jangka panjang.
Sekali lagi saya katakan, hukum hudud umpama pagar, mengawal masyarakat dari gangguan kejahatan. Penjahat bukannya ramai. Kalau ramai sangat, pagar boleh roboh. Ertinya, ketika itu hudud tidak lagi mampu mengawal kebaikan masyarakat dari dicerobohi oleh penjahat. Sebaliknya, dalam masyarakat Islam sebenar, penjahat tidak ramai, masalah tidak banyak. Dengan kawalan hudud, kejahatan dan masalah dapat diselesaikan.
Mari kita lihat satu lagi contoh hukum hudud yang pernah dijalankan di zaman Rasulullah SAW sendiri. Supaya kita nampak jelas di mana duduknya hukum hudud ini dalam Islam. Pemah seorang wanita hamil datang kepada Rasulullah mengaku yang kandungannya adalah hasil zina. Apa tindakan Rasulullah? Apakah baginda tents menjatuhkan hukuman pada wanita itu? Tidak begitu! Bahkan baginda seolah-olah tidak percaya akan kata-kata perempuan itu. “Mungkin kamu berpegang- pegangan saja tak?” Demikian baginda mencungkil keikhlasan wanita itu. Walaupun wanita itu tetap mengatakan ia telah berzina, namun Rasulullah suruh dia pulang dahulu. Hinggalah tiga kali wanita itu merayu-rayu agar ia dihukum di dunia. Sesudah ia melahirkan kandungannya dan anak itu selesai disusui, ia datang merayu lagi. Kali ini ban&h ia dihukum.
Apa ertinya kejadian ini? Bahawa dalam Islam, hukuman hudud bukanlah sesuatu yang dianjur-anjurkan, diusaha-usahakan dan diheboh-hebohkan. Bahkan ia kalau mungkin dielakkan saja kecuali kalau sudah tidak dapat dielakkan lagi. Itu yang lebih utama. Sebab Islam agama keselamatan, bukan keganasan. Rasulullah lebih suka kalau ianya tidak berlaku, lambang Islam agama kasih sayang. Kejahatan seseorang jangan dihebohkan, diintai-intai dan dicungkil-cungkil. Seeloknya ia ditutup-tutup dan dimaaf-maafkan. Ini terbukti apabila Islam menjatuhkan hukuman rotan 80 kali kepada orang yang menuduh orang lain berzina tanpa cukup syaratnya. Ertinya, dalam Islam orang yang suka membuka aib orang, suka orang lain malu dan mengintai dan mencari-cari salah orang, itu dianggap penjahat dan pengacau masyarakat juga. Yang wajib dihududkan juga. Maka tertutuplah pintu fitnah.
Di zaman Khalifah Hanm Ar Rashid (waktu kegemilangan pemerintahan Bani Abbasiah) berlaku peristiwa seorang telah berzina dan diputuskan untuk dihukum rejam.
Setelah sampai perkara ini pada Harun Ar Rashid beliau bertitah “Mereka yang hendak merejam penzina ini hendaklah orang yang tidak meninggalkan sembahyang Subuh dalam waktunya sejak ia baligh.” Maka tanya Harun Ar Rashid, “Siapakah di antara kaum yang boleh memberi jaminan pada saya telah menetapi menunaikan sembahyang Subuh dalam waktunya sejak baligh hingga ke hari ini?”
Semua mereka diam. Maka kata Harun Ar Rashid, “Saya yang menetapi sembahyang Subuh dalam waktunya sejak baligh. Oleh itu tangguhkanlah hukuman rejam ini.”
Saya suka menegaskan di sini bahawa dalam Islam hukum hudud itu bukan digalakkan. Cuma kerana tidak dapat dielak, ia terpaksa dilakukan. Macam talaq, sekalipun dibenarkan tetapi dibenci. Hukum hudud sekalipun dibolehkan tetapi sedapat mungkin diusahakan agar ia tidak dikenakan. Yakni dengan mendidik, mengajar, menasihat masyarakat supaya menjadi hamba yang soleh dan solehah. Bila orang sudah baik-baik, hukum hudud tidak perlu dijalankan walaupun hudud sudah diisytiharkan. Macamlah di kawasan yang tidak ada musuh tanaman, maka ladang kita tidak payah dipagar lagi. Kalau ada pagar pun tidak berfungsi apa-apa.
Demikian itulah yang telah diusahakan oleh Rasulullah dan salafussoleh. Hingga dalam masyarakat mereka hukum hudud hampir-hampir tidak berlaku walaupun sudah dikanunkan. Kalau ada pun (terlalu kecil) adalah kerana keredhaan pesalah. Bukan hasil buruan, tangkapan, mengintai-intai dan tipu helah. Dan demikianlah yang sedang dilaksanakan di Darul Arqam, insya-ALLAH. Yakni bukan berjuang untuk tegakkan hukum hudud, tetapi mengusahakan agar masyarakat tidak payah dihukum hudud. Kerana semuanya baik-baik belaka. Kalau terpaksa pun dilaksanakan, adalah dengan keredhaan pihak pesalah kerana ia mahu lepaskan dir-i dari azab Akhirat.
Saya bukan menentang perlaksanaan hukum hudud yang sedang diperjuangkan oleh saudara-saudara saya di Malaysia itu. Bahkan saya ucap terima kasih pada mereka kerana telah membuka pintu hukum hudud di Malaysia. Apa yang saya timbulkan ini, ialah tentang cara, proses, bila dan di mana hukum hudud itu seeloknya dijalankan. Apakah sekarang ini sudah sesuai dijalankan sedangkan persediaan awal belum dibuat secara serius dan menyeluruh?
Kalau kita lakukan tidak ikut jadual dan prosedur yang tepat, fungsi dan kehebatan hudud tidak akan kelihatan. Apa bezanya negara-negara Pakistan, Iran dan Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud itu dengan negara-negara lain yang tidak menjalankannya? Bahkan negara-negara tersebut, seperti yang saya saksikan sendiri, dalam banyak ha1 masyarakatnya lebih buruk daripada negara yang tidak menjalankan hukum hudud. Di Malaysia negara yang tercinta, sungguh masyarakatnya lebih baik dari di Pakistan, Iran dan Arab Saudi. Demikianlah hakikatnya tanpa mengatakan dalam masyarakat Malaysia hari ini orang yang tidak sembahyang pun ramai lagi.
Hukum hudud, dengan peranan dan peraturan yang khusus, tidak boleh disalah ambil perlaksanaannya. Saya sudah katakan ia umpama pagar. Nak buat pagar, bukan ikut suka saja, bilabila dan di mana. Pagar rumah dibuat sesudah rumah terbina. Orang tidak pemah buat pagar sebelum rumah yang cantik tersergam siap dibina. Demikian juga pagar tanaman. Sebelum benih selesai ditanam, orang belum buat pagar lagi. Kalau dibuat juga, ertinya buat kerja sia-sia.
Kita memang mahu anak kita cepat besar, cepat dapat kerja, jadi orang istimewa. Tetapi apakah kerana itu, seelok dia lahir, kita pun suap segala macam makanan yang berzat. Bukankah itu akan membuatkan ia tents tidak membesar? Ya! Kita mahu hukum hudud itu dijalankan. Sebab memang ALLAH perintahkan. Tetapi untuk menjalankamrya kita kena tempuh cara dan prosesnya. Kita kena ikut cara dan peraturannya. Kalau bukan caranya, ia lebih baik tidak dilaksanakan. Misalnya, mahkota memang hebat. Tetapi kalau orang kampung yang kerja petani pakai mahkota, apa yang akan jadi? Sesuai ke? Bukankah ia akan jadi janggal dan orang takkan hormat padanya lagi. Ramai yang akan berkata, “Mengada-ada orang ini” atau “Tak sedar diri orang ini” atau “Tak siuman ke orang ini?”
Hukum hudud memang baik. Tetapi kalau dilakukan oleh parti yang memerintah tidak berwibawa, yang akhlak, ibadah, perpaduan, kekuatan ekonomi, kebudayaan, pendidikan secara praktikal dalam parti dan lain-lain lagi, belum meyakinkan, ia akan diejek dan diketawakan. Orang mungkin akan mengatakan, “Ini semua politik punya mainan” atau “Mengada-ngada betul puak ni”. Mahkota kalau dipakai oleh raja memang cantik. Tetapi kalau orang kampung pakai, itu berlakon namanya.
Katakanlah kita semua tinggal di Kuala Lumpur. Kemudian kita nak ke Singapura. Bolehkah kita sampai kalau tidak ikut peraturan? Katalah, mentang-mentanglah nak cepat sampai, kita pun rempuh semua peraturan jalan raya. Agak-agak boleh sampai ke? Jangan-jangan ditangkap polis atau mendapat kemalangan. Akhirnya langsung tidak sampai. Untuk sampai kepada pelaksanaan hukum hudud itu, kita mesti ikut peraturan. Peraturannya itu amat banyak dan mengambil masa.
Untuk tahap ini kita usahakan dulu langkahlangkah ke sana. Macam hendak suruh orang sembahyang, kita kena sabar mendidiknya. Kalau tidak, sampai bila pun dia takkan sembahyang dengan betul. Saya bukan minta ditutup mahkamah. Tetapi fungsi mahkamah itu sendiri mesti dihalakan kepada memahamkan orang tentang Islam. Untuk satu tempoh awal, hukuman pada pesalah biarlah dibuat sepadan dengan kejahatan dan ketidaksedarannya. Yakni dijalankan hukum ta’zir dahulu.

No comments: