Panas!! FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!
Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat
memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia
memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu
tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.
Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010,
ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg
berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat
ini.
Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan
nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah
dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling
Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar
kpd orang asing.
Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP
adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham
bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat
Bumiputera.
Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik
penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan
margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar
kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd
pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak
harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar
komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.
IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2
sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll.
Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin
keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses
keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual
MSM.
Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung
rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir
Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada
penghujung Okt, masih rugi.
Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan
pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd
syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.
Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat
Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar
kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.
Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda,
akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat
luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta
bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.
Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan
dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja
puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan
langsung tidak berjaya.
Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal
RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat
buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah
buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK
sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi
dipandang remeh.
IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil
kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan
pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai
yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak
lama lagi....
Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011,
berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan
dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual
melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti
dan Bank Negara dilakukan.
Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM
JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg
kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya
mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!
Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat???? - Mazlan Aliman
No comments:
Post a Comment