- Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. [Larry Bielat]
- Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. [Dr. Shukri Abdullah]
- Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.[Ron Jenson]
- Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. [Lewis Timberlane]
- Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. [George Bernard Shaw]
- Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. [Dr. Shukri Abdullah]
- Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. [Dr. Shukri Abdullah]
- Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. [Henry Truman]
- Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. [Bidalan Cina]
- Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. [Dr. Shukri Abdullah]
- RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. [Dr. Shukri Abdullah]
- Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). [J.P Ghetty – Billionaire]
- Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! [H.W Longfellow]
- Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. [Dr. Shukri Abdullah]
- Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. [Saidina Umar Al-Khattab]
- Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. [Arthur Schopenauer]
- Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. [Ibnu Yusuf]
- Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. [Dr. Shukri Abdullah]
“Sesungguhnya Allah punya para pejuang di muka bumi lebih dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghias Syurga untuk mereka.” Abu Bakar bertanya , “Siapakah mereka?” Rasulullah menjawab, “Orang yang memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah.”
Thursday, June 9, 2011
Motivasi Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment