Monday, March 29, 2010

keluhan seorang isteri berkerjaya

ada banyak perkara yang nak di tulis didalam fikiran ini ttp nak diturunkan ke sini malasnya.. Kali ini berceramuk fikir pasal nasib wanita berkerjaya..


Kenapa wanita ashik suka dipersalahkan.. wanita era kini terlalu banyak kena bersabar... kalau dahulu wanita tidak digalak berkerja ttp kini wanita perlu berkerja bagi menambah pendapatan suami..kalau dulu wanita hanya diajar pandai didapur, pelajaran tidak penting.. suami yg akan menanggung tanggungan keluarga.. tetapi kini wanita disuruh berkerja membantu suami agar dapat kehidupan yang selesa ttp malangnya sisuami tidak mahu membantu isteri didapur..


jika 8 jam sudah dihabiskan di pejabat tentulah penat apabila balik kerumah.. ttp kerja dirumah pula menanti dirumah.. urusan anak, dapur, pakaian kebanyakannya wanita yang akan melakukannya.. inilah yang hairannya.. wanita disuruh berkerja bg membantu kehidupan dgn alasan era kini mementingkan wang tetapi kenapa lelaki tidak mahu berubah membantu isteri dirumah...?


salah siapa sebenarnya.. adakah salah org tua-tua kita memaksa anak perempuan membuat semua kerja rumah maka kaum lelaki rasa itu tugas perempuan..kenapa mereka tak mahu bantu.. adakah jatuh maruah jika tolong isteri memasak atau membasuh pakaian..? adakah ia akan digelar queen control jika membuat kerja2 perempuan.. kenapa jika berpoligami akan mengatakan ia sunah nabi, ttp membantu isteri juga adalah sunah nabi tidak pula mahu diikuti.. tak faham lah..


ada sekerat2 akan di tiru dan ada sekerat2 tidak mahu di tiru.. ini menyebabkan wanita makin takut kahwin.. makin takut memikul tanggungjawab isteri krn nampak amat berat tanggungjawab itu..

Wahai kaum lelaki.. ingatlah .. isteri mu bukan sekadar sanggup membantu menambah pendapatan, malah juga menanggung tanggungjawab membesarkan anak & rumahtangga.. Sekurang-kurangnya ucaplah "terima-kasih" kepada isteri itu krn walaupun ucapannya tidak sampai 1 saat tetapi ia sangat-sangat berharga buat seorang isteri berkerja.. lagi lah jika si suami membantu beliau dirumah.. syukur & sayang tak terhingga berganda2 jadinya..

wassallamm..

No comments: