Monday, May 18, 2009

Jawapan

Monday, May 18, 2009

(268) Nizar vs Zambry - MUNAFIK ? AlBanjari tidak mengaji agama ka ? ( wak jawab )

Lalu menjadi-jadi. Jadikan artikel pulak di sini. LINK Padan muka wak kena jawab !!

Nampaknya malam ni wak kena cuba juga jawab, nanti saudara 'mat' gelakkan wak pulak kan ! Istilah halusnya,mat akan kata macam ini lah, ' haa...tengok! kan dah cakap, wak mesti terkedu tak boleh nak sediakan jawapan, bila kena dengan hujah mantap kita, basah seluar dia..hahahaha..!'. Betul laa mat, basah seluar wak hari ini, pasal kena hujan siang tadi...lencun cakap lu ! Tapi bukan sebab basah suar terkencing, tak..lagipun kalau hujah mat tu diambil kat sini LINK, tak payahlah wak nak basahkan seluar pulak..betul tak ? Ok..saudara mat boleh mula bacakan jawapan di bawah, wak pun bukan ahli sangat nak jawab...sekadar ilmu yg sedikit kalau nak dibandingkan ilmu copy paste mat tu ! Takpa..takpa..wak cuba,

Mat kata ;

Al- Banjari ni elok baca dulu temubual Harussani dgn Milenia Muslim. Bukan soal tidur berbogel di sini. Tapi soal maksiat yang dilakukan oleh bekas teman lelaki Eli yang beragama Islam. Dipercayai Hilmi yang merakam gambar separuh bogel Eli semasa tidur dalam rumahnya.

Wak kata :

Soal yang pokok sekarang, dimana badan yang diamanahkan untuk menyiasat kes ini, ini adalah kes jenayah bukan, mengambil foto orang yg sedang tidur tanpa kebenaran so mana dia polis yang diamanhkan untuk menyiasat kes ini, sukar sangatkah sehingga nak tangkap si Helmi itu pun makan masa berbulan-bulan, lihat kes Sharlini yang tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

Ok..berkaitan soal maksiat yang dilakukan oleh Helmi, bukankah Malaysia ini negara yang mengamalkan undang-undang British dan boleh saja kita katakan bahawa si Helmi itu berpegang teguh pada undang-undang sedia ada. Bila dah berpegang teguh kepada undang-undang sedia ada, yang digunapakai pula oleh kerajaan yang didokongi pula oleh UMNO, soal moral tidak timbul. Undang-undang British membezakan antara jenayah dan sivil. Lahirnya Helmi yang berperangai suka buat maksiat itu dari dasar siapa ? Mat ada jawabnya.

Mat Kata:

DAP tidak pernah hina Islam? Karut la al Banjari. Siapa yang sebut langkah mayat saya dulu sebelum nak buat negara Islam ? DAP memang menentang pelaksanaan hudud di Malaysia sejak dulu sampai sekarang. Konsep negara Islam sangat lantang ditentang oleh DAP termasuklah oleh 'Khalifah' Lim Guan Eng!

Wak Kata:

Tidak hairan langsung jika DAP tidak merasa bersalah menghina Islam, tapi yang menjadi amat hairan lagi takjub ala-ala mata buntal ialah apabila UMNO yang mengaku islam tapi menolak Undang-Undang Islam. Lihat pada tahun 1991 apabila PAS sebagai kerajaan di Kelantan, meluluskan Enakmen Undang-Undang Hudud, namun telah dinafikan oleh Dr Mahathir sebagai PM ketika itu !

Dasar DAP memanglah sekular kerana apa, kerana sekian lama termakan propaganda UMNO bahawa jika sokong Islam, orang bukan islam kena pakai tudong, kaki dan tangan akan dipotong, pembangunan tidak boleh dilakukan, juga jalan raya tidak dapat dibina kerana habis batu digunakan untuk merejam orang…kenyataan ini bermula dari siapa kalau bukan dari UMNO ! Mat ingat lagi kah siapa yang mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu ? Wak tahu mat ada jawapannya !

Kalau ditanya kepada wak, memanglah DAP yang sekular itu, dia tidak akan setuju dengan negara Islam, tapi itu dulu, sehingga Karpal Singh sebut langkah mayat dia dulu, tetapi telah ditegur oleh Teng Chang Kim bahkan Naib Pengerusi DAP, YB Kulasegaran berkata, DAP tidak takut dengan Hudud dan hudud tidak ada kena mengena dengan non-muslim. Itu apa dia ?

Untuk pengetahuan saudara mat, banyak dialog-dialog telah diadakan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan turut dibincangkan soal negara islam dan respon dari pimpinan DAP adalah positif. Kami ada Majlis Pakatan Rakyat, di dalam Majlis inilah kami menerangkan tentang islam, dan mereka akui tak dapat maklumat yang betul tentang islam, sekarang ada lagi tak kedengaran DAP beriya-riya menolak Islam ! Itu pasallah DAP yang dulunya harbi sekarang ke arah zimmi, kalau kawan dengan UMNO, entahlah...maybe boleh jadi harbi kuasa dua..!!

Mat Kata:

Siapa yang kuat pertahankan Lina Joy ? Kes M. Moorthy ? Macam-macam lagi ! Mengapa begitu naif sekali pengetahuan al Banjari!?

Wak Kata:

Ketika kes M. Moorthy dan Lina Joy , tahukah saudara mat bahawa ketika itu iklim politik tak macam seperti selepas PRU12. Ketika itu bangsa india, cina dan juga melayu masih kuat dengan sentimen perkauman masing-masing. Sentimen perkauman jahiliyyah ini dibina oleh UMNO yang bertanggungjawab meneruskan dasar pecah perintah penjajah Inggeris. Tapi kita nak tanya jugak, kenapa pihak kerajaan Malaysia boleh benarkan Pemerhati Khas dari England dan US hadir di sidang mahkamah sehingga Hakim jadi agak tertekan dengan kehadiran pemerhati luar itu !

Cuba lihat pula kes 3 beranak yang diarahkan oleh kabinet agar diserahkan kepada agama asal mereka (hindu), tetapi PAS membantah keputusan kabinet itu yang dikira sengaja dibuat untuk memancing undi kaum india, bila PAS bantah, kenapa kaum india berugama hindu tidak menyerang islam ! Kerana apa, kerana sebelum itu telah diadakan perbincangan antara agama dan kita terangkan kepada mereka situasi sebenar dan mereka faham, malangnya UMNO yang tak faham-faham…!!

Itulah bezanya apabila non-muslim dapat maklumat yang betul tentang Islam berbanding dahulu. Contoh yang saudara mat beri adalah bukti betapa dahulunya NGO-NGO non-muslim ini begitu keras menolak islam kerana masih ada sentimen perkauman yang dimainkan. Tetapi setelah berlaku tsunami politik, mereka selalu berdialog dengan kita dan dapat maklumat tentang islam yang sebenar dan akhirnya mereka faham dan tidak ribut-ribut macam dulu lagi, mengapa laa..begitu naif sekali pengetahuan saudara mat untuk memahami tentang perbezaan iklim politik sebelum dan selepas PRU-12 ! Atau mat saja-saja buat tak faham, copy paste katakan..! Bukan dari analisis sendiri..tak gitu saudara mat. Takpalah..wak akan terus jawab.

Rumusannya, disini wak jelaskan bahawa kes Lina Joy dan Moorthy berlaku sebelum PRU-12 dan mood politik ketika itu adalah amat berlainan, cuba bezakan dengan isu 3 beranak yang baru lepas ? Tak kecoh pun !

Mat Kata :
Bukan Islam yang bercakap seperti Karpal Singh itu termasuk dalam kategori Kafir Harbi laknatullah. Sepatutnya umat Islam terasa dan sensitif dengan kebiadapan kafir itu. Pelik sungguh al Banjari ni, tak mengaji agama ke? Yang sesama Muslim dimusuhi, kafir harbi dibiarkan !

Wak Kata:

Maka apakah songsangnya si Lim Liong Sik itu zimmi ketika dia mengatakan bahawa jika islam dilaksanakan di negara ini, (sebut Malaysia) sama seperti mengundurkan jarum jam ke belakang..? Maka juga, apakah Pimpinan MCA dan MIC yang menghantar memorandum bantahan kepada PAS apabila PAS bertegas tentang penubuhan negara Islam dan hudud tanpa dihalang oleh UMNO yang mengaku islam, maka mereka boleh dikategorikan zimmi..?

Malah sehari selepas MCA & DAP menghantar memorandum membantah perlaksanaan hudud dan negara islam, YB Kulasegaran dalam kenyatan akhbarnya telah berkata, DAP tiada masalah tentang Hudud, maka YB Kula adalah Harbi..?? Wak pun sungguh pelik dengan mat ni, tak mengaji agama ke..? UMNO yang nyata memusuhi PAS, kamu tak terfikir pulak yang kamu memusuhi sesama muslim, MCA & MIC yang hantar memorandum bantah hudud dan negara Islam dibiarkan…!!! Mat..mat !! Faham ker hujahan ni ? Kalau tak faham, wak minta kamu baca 44 kali, tak faham juga..ikut suka kau lah !

Mat Kata:

UMNO tidak susah hati, tapi orang Melayu yang bimbang apabila saudara seagama sudah mula terikut jejak langkah orang kafir. Kita lihat Pas sanggup gadaikan prinsip perjuangan mereka sebelum ni hanya untuk mengambil hati orang kafir. Berbeza dengan DAP yang terus utuh mempertahankan prinsip dan dasar parti mereka. Pas sudah senyap dalam menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sebaliknya DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam.. Nizar pernah berdolak-dalih dalam DUN Perak dengan menanyakan bukti yang Pas mahu melaksanakan negara Islam!?

Wak Kata:

Orang melayu yang menjadi kafir, (bukan ikut jejak lagi dah) UMNO tak pernah susah hati pun. Bila Mufti di kalangan kamu sendiri mendedahkan lebih 250 ribu manusia melayu murtad, menteri kamu, Nazri Aziz kata tidak menjejaskan keselamatan negara ! Nazri Aziz tu menteri dari PAS ke ?

Yang melenyapkan hasrat PAS mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara islam ialah suratkhabar UMNO bukan Harakah ! Kalau betul Pas menggadaikan prinsip, sila sebutkan pada muktamar tahunan kali ke berapa dan bilakah PAS meminda perlembagaannya berkaitan FASAL 5 (1) DASAR DAN TUJUAN PAS ?

Benarkah DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara islam ? Atau UMNO yang seronok jika isu ini dimainkan dengan harapan PAS dan DAP dapat dipisahkan seperti dahulu apabila BN melalui MCA dan GERAKAN beriya-riya menyebarkan propaganda buruk tentang Islam dan PAS, malah UMNO tiada pernah menghalang pun ! Maka siapa sebenarnya yang mempopularkan propaganda ini kalau bukan UMNO…!!! Setakat nak tipu orang kampung boleh la !

Mat Kata:
Ini lagi info menarik bg anda..kata Dap tidak senda kan islam ? Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada bulan April 2009, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam. Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton. Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh agama Islam ke atas penganutnya. Macm mana masih nk berdolak-dalik lg ke ? atau mungkin takpe kerana Lim Guen Eng ini bukan islam...bertaubatlah selagi masih boleh.

Wak Kata:

Dah dia memang bukan islam, kenapa dia nak bercakap pasal islam sungguh-sungguh pulak. Itu pandangan dia dalam kerangka dia masih bukan islam. Tak ingatkah saudara mat betapa satu majlis yang dianjurkan oleh gerakan Sisters in Islam (SIS) bertajuk, hanya satu (isteri) ! Bahkan majlis ini juga telah disertai oleh Rosmah Mansor satu ketika dahulu malah turut juga disertai oleh artis bernama Ferhad Ibrahim, bukankah islam semua mereka itu ? Mengapa mereka perlu menolak poligami, dgn cukup 1 (ONLY 1 ) ? Bukankah poligami itu sunnah ? Menolak poligami bererti menolak sunnah, menolak sunnah bererti menolak ?? Mat ada jawapannya.

Bonus untuk mat, yang mana satu lebih menghina islam ! Pemimpin kamu yang nyata telah berkata nabi menyimpan janggut kerana tiada pisau Gillette dan naik unta kerana tiada Pajero. Agak mat lah siapa yang sebut kenyataan tu ! Mat mesti ada jawapnya. Mat, bukankah itu menghina islam ! Tak apalah kalau yang berkata begitu bukan islam kan, tapi kalau dia seorang islam…??

Mat Kata:

Juak-juak Pas sering melaung bahawa parti mereka mengikut Al-Quran sedangkan cara mereka laungkan itu dibuat dengan cara yang bongkak dan takbur. Ini kerana tujuan mereka laungkan perkara tersebut adalah untuk menidakkan keIslaman kumpulan Islam yang lain yang tidak sealiran kefahaman politik dengan mereka. Sikap takbur dan bongkak yang diamalkan oleh Ulama-ulama Pas sendiri adalah bertentangan dengan kehendak Islam malah amat disukai oleh syaitan.

Wak Kata:

PAS memang telah dan dari dulu lagi, melaungkan patinya mengikut Al-Quran. Ini bukan laungan main-main. Ini laungan mengikut Perlembagaan atau Undang-Undang tubuh pindaan 2001 PAS FASAL 7 (1) HUKUM, KEKUASAN & MAJLIS SYURA ‘ULAMAK. Kita nak tanya saudara mat, undang-undang tertinggi Perlembagaan UMNO apa dia ?

Yang merasa PAS bongkak dan takbur adalah UMNO, kami berjuang untuk menegakkan dasar kami maka mestilah kami kena bersemangat. Berjuang apanya kalau tak bersemangat. Bila bersemngat, takkan nak berdepan dengan UMNO macam orang yang darahnya tinggal satu sudu !!Koman spanar la kami !! Maka dengan sebab itu lah kamu kata kami bongkak lah, takbur lah..sebenarnya hanya kamu saja yang terasa kami begitu. Kamu sering katakan bahawa jika bukan UMNO yang memerintah negara, negara akan kucar kacir, bangkrap, makan pasir, gaji tak dibayar, apakah itu bukan angkuh sombong dan bongkak namanya ? Siapa bongkak siapa ? Untuk mat, bukankah Allah sahajalah tempat bagi sekelian manusia dikurniakan rezeki...?

Bila kami membawa islam sebagai dasar perjuangan, maka yang bercanggah dengaan islam kami tolak dan kami tegur, apakah hanya kerana itu kamu katakan bahawa kami menidakkan islam orang lain yang tidak sefaham politik kami ? Politik kami, berfahaman islam, politik kamu berfahaman apa..??

Bukankah dahulu masa zaman Pak lah kamu bangga dengan Islam Hadhari, maka kamu katakan islam Hadhari lah yang betul dan sesuai dengan zaman maka apakah maksud kamu di sana ada islam yang tidak Hadhari..?? Bukankah itu menidakkan islam yang asal ? Tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya untuk menegakkan islam atau mencipta islam yang baru ? dan menolak islam yang tak sesuai dengan nafsu ?

Bukankah pimpinan UMNO sering mengatakan kepada PAS bahawa islam yang PAS bawa adalah islam, bukan islam sebenar ! Bukankah kamu ker sebenarnya, yang suka menidakkan Islam kumpulan Islam lain, yang tidak sealiran dengan kamu ? UMNO sendiri hanya mendukung Islam sekadar agama ritual sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO FASAL 3(3)., asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama." Lihat pula peruntukan Perlembagaan Persekutuan 4(1) yang nyata jelas bercanggah dengan Islam.

Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "

Maka, mana dia Islam yang kamu bawa ? Kalau Islam yang kamu bawa dalam UMNO itu pun sekadar upacara ritual yang boleh diadakan dalam mana-mana majlis kerajaan umpamanya baca doa sebelum mula majlis, mana dia islam yang lain ? Jika Islam yang kamu bawa hanya sekerat-sekerat sepertimana kata Khairy dalam debat bersama Husam Musa bila ditanya adakah UMNO akan laksanakan hudud maka jawabnya ; “kita laksanakan undang-undang sedia ada” undang-undang Islamkah yang sedia ada sekarang ini ?

Mat Kata:

Untuk menampakan mereka lebih Islam daripada yang tidak sealiran dengan mereka maka mereka sanggup memperalatkan ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran untuk mendapat keuntungan politik di kalangan para Ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka terus terpedaya dan menerima bulat-bulat apabila ayat-ayat Allah dibaca didepan mereka tanpa mereka usul periksa kesahihannya. Mereka menterjemahkan ayat-ayat Allah sekerat-sekerat yang mana menguntungkan politik mereka manakala ayat yang sebenar yang tidak menguntungkan mereka telah mereka sembunyikan.

Wak Kata;

Wak nak tanya sikit, apa yang saudara mat mahukan ? Betul tak apa yang wak tahu..sebenarnya mat berhendak dan mahu supaya PAS jangan menggunakan Al-Qur’an sebagai fakta2 hujah untuk melawan hujah UMNO yang nyata tidak mampu menggunakan hujah Al-Qur’an bukan ?

Janganlah kerana UMNO tidak mampu berhujah dengan Al-Quran maka kamu cuba menidakkan hujah yang PAS bawa berdasarkan kepada Al-Quran. Jika benar PAS memperalat ayat-ayat suci al-Quran, mana dia ? Tafsiran UMNO dari mana-mana ayat al-Quran untuk menolak hujah-hujah PAS ? Maka UMNOlah yang sebenarnya tidak mampu membawa ayat-ayat Allah di hadapan masyarakat, maka wajarkah nak bagi PAS pula jangan guna al-Quran sama macam UMNO ?

Lain kali kalau nak bersilat, belajarlah silat dulu, jangan kerana kita tak reti bersilat kita tuduh orang lain buka gelanggang tanahnya tidak rata ! Memanglah dalam ceramah-ceramah kita baca ayat-ayat tertentu pada bahagian2 yang tertentu yang berkaitan. UMNO bukan kata sekerat, ada yang tak baca langsung. Lepas tu nak bagi orang lain macam dia, tak mau baca Quran sebagai hujah ! Apa punya turr...tu !

Mat Kata:
Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79

“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Wak Kata:

Ayat ke 79 surah Al-Baqarah ini merujuk kepada kaum bani Israel yang mengubah kandungan taurat. Kemudian menulis hokum sendiri dan mengatakan itu adalah dari Allah dan yang mereka tulis itu adalah Taurah.(sila rujuk Tafsir al-Munir dan juga rujuk sebab turun ayat ini dalam kitab “lubaabu al-nuqul fi asbaabi al-nuzuul” m/s 16). Maknanya, mereka-mereka yang telah diberi kitab (undang-undang) hidup tetapi menolaknya dengan menggantikan undang-undang ciptaan manusia, maka golongan inilah yang Allah katakan celaka.

Bila Allah menyuruh kita laksanakan undang-undang islam, kenapa pulak kita terus gunakan undang-udang dari penjajah inggeris ? Berapa ramai ulamak UMNO mempertahankan dasar UMNO yang terus mendasari undang-undang Negara yang nyata jelas bercanggah dengan islam, apa maknanya ini ?

Saudara mat mengatakan bahawa kami memperalatkan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan politik PAS tanpa merujuk dan memeriksa kesahihan kandungannya. Ayat 79 surah al-Baqarah ini kamu tidak bacakah tafsirnya dan sebab musabab turunnya ayat ini ? Atau sekadar mahu mempercukupkan hujah dangkal kamu itu sahaja ? Wak minta mat pula jawab !

Mat Kata:
Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah:159 pula,

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.

Wak kata:

Ayat 159 turun bersama ayat 160, mufassirin mentafsirkan ayat-ayat ini ditujukan kepada pendeta-pendeta yahudi dan orang-orang yang sengaja menyembunyikan segala sesuatu yang diturunkan oleh Allah yang merupakan hukum-hukum agama dan arahan-arahan Allah.

Siapa mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ini ? Bacalah dalam mana-mana kitab Tafsir hatta Tafsir al-azhar karangan Prof. Hamka juga jelas menyatakan bahawa, mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan ialah apabila diarahkan oleh Allah untuk mengajar dan menyampaikan islam kepada manusia, ada manusia yang menyembunyikannya dengan tidak mendedahkan kepada orang lain tentang islam.

Bahkan islam itu di buruk-burukkan. Sebab itu bila Allah sebut setelah menerangkan mereka al-kitab (merujuk kepada bani-israel dengan Taurat) mereka akhirnya menolak untuk menggunakan Taurat yang asal, tetapi menggunakan Taurat yang telah dipadam dan ditulis semula dengan tangan-tangan pemimpin mereka.

Apa hubungannya dengan kita, Allah nak bagitau tentang perangai keji kaum bani Israel iaitu menolak kitab Allah dengan memadamkan ayat-ayat yang tidak mereka setuju dengan menulis kembali mengikut hawa nafsu mereka. Kalau kita yang islam ini mengaku islam tetapi menolak islam dengan menggunakan kitab karangan penjajah inggeris..apa bezanya dengan perangai bani Israel..? Wallahuaklam.

Tunggu sambungan siri ke-2, jawapan wak di posting seterusnya. Bersambung..!

No comments: