Thursday, March 26, 2009

99% Khabar Angin Adalah Benar! Hanya 1% Keliru

Diterbit pada Wednesday, December 17 @ 08:00:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh hanif328

" Saya hampir terjatuh dari atas kerusi saya apabila saya menonton temuramah Raja Petra Kamaruddin, Sarjana Muda dalam bidang "ISA" dari Universiti Kamunting(UK) - dalam program Riz Khan (Astro Channel 513 - Al Jazeera)...
Apabila ditanya mengenai laman webnya, Malaysia-Today, inilah yang dijawabnya: "99% daripada khabar angin akhirnya menjadi nyata." Hanya 1% sahaja yang mengalami kesalahan.
Jadi samanlah dia! Dia juga berkata: "Saya diberitahu 2 benda benda boleh dijual laku, iatu SEKS dan POLITIK. Seks yang melibatkan Politik adalah paling laku sekali."
Sekarang saya tidak kenal anda, tapi jika 99% khabar angin berkumandang dalam negara ini menjadi realiti, anak...kita dalam masalah. Mari kita lihat beberapa khabar angin yang hngat diperkatakan disekitar telinga kita:

a)Orang yang akan mengambil alih UMNO dan menjadi Perdana Menteri, tidak akan dicapai hasratnya kerana ADA "Orang" yang lebih besar di Terengganu akan menyekatnya di Parlimen.

b)Mantan Perdana Menteri akan kembali dan me-"remote control" kerajaan baru dalam Polisi utama.

c)SIL akan memenangi Anak Ketua Pemuda kerana SIL ada rangkuman RM200 Juta.

d)Menteri Besar di salah satu negeri di Malaysia sedang nazak dan ditamat tempoh jawatannya pada pertengahan tahun depan.

e)1 Parti kecil dalam Barisan Nasional di Malaysia Timur (telah) mengadakan "MoU" dengan Anwar Ibrahim dan akan turut serta dalam Pakatan Rakyat sejurus apabila tarikh pilihan raya (kecil) diumumkan.

Walaupun 1 daripada khabar angin di atas benar, ia akan mencipta satu perubahan "angin besar" dalam politik. Sekarang beritahu saya, siapa yang peduli ekonomi menuju ke mangkuk tandas sejak politik juga menuju ke arah yang sama? Mengikut Economist, pertumbuhan ekonomi pada tahun depan adalah sebanyak 1.9 peratus. Pendapat lain yang saya temui memberi pendapat bahawa ia nya lebih kepada 0.5 peratus jika Obama tidak memacu ekonomi Amerika Syarikat seperti sedia kala.

Berbalik kepada khabar angun dan politik Malaysia, bukankah khabar angin dicipta, diada-adakan, walau sesetengah pendapat mengatakannya betul, kerana terdapat kepercayaan yang sangat rendah terhadap ahli politik Malaysia dan media massa?
Segelintir atau sesetengah daripada rakyat Malaysia tidak kira kaum, tidak mempercayai apa yang diperkatakan atau/dan disampaikan oleh ahli-ahli politik Malaysia. Lebih buruk lagi, majoriti rakyat Malaysia sedang membaca "bayang-bayang, kata tersirat mahupun tersurat" dalam surat khabar utama.

Lihat sahaja kejadian di Bukit Antarabangsa. Saya sanggup menyatakan bahawa setahun daripada sekarang(Disember 2009) pembangunan yang serupa akan terpacak di sisi Bukit Antarabangsa dan anda juga boleh membeli perumahan berjuta-juta ringgit yang duduk di atas tanah anda-pun-tahu. Mengapa? Bukankah orang Malaysia ada simptom "short memories"(kadar ingatan yang pendek) dan orang-orang yang terlibat dalam pembangunan boleh akses ke jurang kuasa yang besar. Hanya semudah Alif Ba Ta begitu sahaja.

Pernahkah anda tertanya-tanya laman mengapa lawan web Malaysia Today sangat popular? Jika terdapat kebebasan media dan "rule of law" di Malaysia, masakan Malaysia Today sangat popular pada masa sekarang. Dan yang lebih menarik lagi, jika tak silap saya, bahan bacaan bahasa inggeris mahupun bahasa melayu dalam internet adalah sangat popular dan kadar purata bacaan dinternet dengan surat khabar yang dijual di kedai, mengatasi nisbah pembaca yang membeli surat khabar.

Saya secara peribadinya tidak akan terkejut jika pada tahun 2010, majoriti penduduk kelas pertengahan(middle-class people) mendapatkan berita-berita dari Internet, dan berita-berita surat khabar utama hanya bagus untuk iklan dan hanya mampu memikat orang ramai untuk membacanya di tandas sahaja.

Pada masa yang sama, ada khabar angin mengatakan yang Raja Petra Kamaruddin telah mendapat biasiswa untuk membuat PhD. di Universiti Kamunting(UK). Hanya menunggu surat tandatangan daripada UK Vice-Chancellor Sir Hamidus Albus. Sejak 99% khabar angin yang berkumandang didalam negara ini secara majoritinya adalah benar, Saya mencadangkan Raja Petra "start-packing" bagnya. Untuk makluman kalian, minimum untuk membuat PhD. di Universiti Kamuntin adalah 4 hingga 6 tahun (bergantung kepada pengalaman anda).

Universiti Kamunting seperti yang kita sedia maklum telah melahirkan ramai cendekiawan-cendekiawan dan professor-professor untuk masa depan Malaysia. Kita sedia maklum bahawa universiti tersebut diuruskan oleh tidak lain tidak bukan, Syed Hamid Albar. Jumlah "Penuntut-penuntut" di universiti berkenaan dirahsiakan oleh Kerajaan Malaysia kerana khuatir Penuntut-penuntut tersebut akan mombongkar rahsia-rahsia.

No comments: