Friday, October 10, 2008

Sesudah Subuh (3) - Albanjari

Wednesday, September 17, 2008

ABO : (3) sesudah 'subuh' 916 - SAH Anwar PM ke-6 ! (update)
albanjari / politikbanjarposto boom : sesudah subuh (1)posto boom : sesudah subuh (2)

Sebenornyer pagi ni teman rasa cukup gembira dan terharu. Gembira kerana udah lama teman tak demam. Ngope-ngopernyer doa teman agar dianugerahkan untuk teman sakit demam dimakbulkan juge. Alhamdulillah ! Benorlah juger orang alim kater, sakit demam itu sebenornyer menghapuskan dosa-dosa kecil kita selama kita sehat. Sekali lagi teman ulang - menghapus dosa kecil yer ! dosa besar tak buleh hilang dengan sakit-sakit cam gini ! Itu kena ikut saluran lain. Di sebabkan sakit demam ini teman anggap sebagai 'kifarah' kecil dari Tuhan, tak perlulah rasernyer teman pergi mengabih duit berjumpa doktor atau pawang.Itu kisah gembira teman ! Dalam gembira itu juge teman turut terharu bila teman dapat SMS dari kawan teman juge. Bila dibuka dan dibace mak oi! udah juge, makbul doa-doa sekalian rakyat Malaysia baik yang di darat, di laut, di 'Dinding' mahupun di dalam 'Parit' untuk ber PM kan yang 'baru' dan meninggalkan yang 'bahari' (lama). Elok benor ler macam itu. Untuk tidak berlaku zalim maka teman paparkan kandungan SMS yang telah membuatkan teman jadi terharu macam gitu.Yang ini pula teman jumpa di blog Harimau Menaip, edisi sumpah baru PM. Sah ler yer Anwar jadi PM yang ke-6 !Syukur pada Allah! Tercapai ler juga hasrat marhaen ni yer! Udah tak cukup dgn sms, semalam teman terima juga sekeping sorat khabor edisi 'petang' katernyer, tapi hairan benor teman, ngaper sekeping ajer, mane isi yang lain, udah nak bangkrap ker tokey sorat khabor ni ? tak mungkin tokey konglomerat kemponi melayu keluor sorat khabor sekeping. ! Eh! bila mase pulaknyer hat melayu ni keluorkan edisi 'petang' ? Yelah, macam kotak tv dok kata kut , zaman udah berubah ! Harapnyer bila udah ber 'PM' baru ini, akan keluar juge nanti surat khabor edisi malam dan tengah malam bagi menyaingi media dan bloggers-bloggers di internet. Tapi sekeping ajer ler ! Siapa tahu ?
Habih nak kater aper lagi, memang sah teman kater Anwar tu PM yang ke-6 ! Ini lagi berita terharu dari bro radenjowo (..) bertempat di Restoran Warisan Asli di Bandar Bukit Tinggi, Shamsul memberikan serba sedikit info tentang 16 September di dalam Tazkirah Politik yang turut di hadiri oleh sekumpulan lebih 100 orang pemimpin Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor.Beliau turut menjadi saksi sememangnya terdapat antara 30 ke 40 orang MP yang telah menandatangani borang menyertai Pakatan Rakyat. Enggan memberikan jumlah sebenar dan nama ahli BN yang lompat parti di atas beberapa sebab keselamatan.Di dalam Tazkirah politiknya lagi, langkah seterus yang akan di ambil oleh pemimpin Pakatan Rakyat adalah menemui Yang di Pertuan Agong untuk membuktikan senarai tersebut adalah benar. selanjutnya..( klik.. )
Posted by Adam Trade at 9:38 AM

No comments: