Monday, October 13, 2008

ketulah (2) - Albanjari

Saturday, September 27, 2008

ABO : (2) ketulah - 'sedekah' paling sedap ! (update)
albanjari / politik banjarhabuan 'sex' anggap sedekah..sedekah 'sex'
Teman lihat dugaan demi dugaan diterima oleh PKR Perak. Teman sarankan agar PKR Negeri adakan solat hajat mohon perlindungan Allah SWT. Ustaz Badrul Amin boleh lakukan sesuatu. Nak ambil ‘curative measures’ tak susah tapi nak wujudkan ‘preventive measures’perlu kekuatan iman dan mental. Pihak UMNO dari awal lagi dah sasar orang PKR, guna segale mekanisme yang sedia ade termasuk badan yg sepatut nye bebas.Malang sekali tapi biorle perihal ni jadi sempadan. Mungkin ade hikmah nye. PKR Negeri mesti cari jalan untuk menguasai keadaan kalau nak kuat. Seandai nye keadaan di bior menguasai maka lemah lah PKR Negeri. Tak mengape kalau jumlah keahlian tak ramai tapi ade kualiti yang tinggi, dan disegani.
Program kena mula dengan bermatlamatkan mengukuhkan parti. Sasaran dikenal pasti. Bior lawan ketawa dulu tapi kite jangan ngaku tewas.
3 hari teman tunggu dan lihat. Kisah 'bangang' yang dihidang oleh juak-juak satu negeri dengan teman, walaupun berbeza dari segi gen suku kaum. Hakikatnya udah satu negeri, satu kapal, bila dah ade 'mangkuk' buat onar, yang lain pun terasa hati juger. Idak gitu yeop? Teman jadi 'bengang' bila kisah 'bangang' ini, turut menyebut 'Parit'. Apa 'special'nyer Parit di hati teman ? Hmm..! ada 3 perkara jadi teman tak buleh lupe akan 'Parit'.
2 tahun teman belajo di SMIS Parit.
Ex-marka teman juga orang Parit.

Teman mula join PAS dan ikut tarbiyah PAS juge di Parit (Kg. Selboh - ada markas PAS kat situ dulu), sekarang entah ler, dah lame teman tak ke Parit.Apa yang teman dapat,
Betullll .. teman nambah sikit .. Usaili tu selain kena kencing ngan Roslan .. kena kencing ngan Zul Hassan .. Zul Hassan ni sapu semua .. zaman umno dia baik ngan Zaim .. zaman PR dia rapat ngan Usaili .. sampai leh jadi Ahli Majlis .. walhal AJK PKR Parit pun dia cuma lantikan Usaili .. Ituler yang payahnya bila Usaili termakan budi .. budi sponser poster dll .. rupa2nya Zul Hassan ada nampak udang dalam mee mamak .. sian kat Usaili .. nak buat camne .. tapi yang nayanye si Azrin tu ler .. kulu kelo diangkut oleh si Zul ni .. YB Jamal dan YB Othman tu plak terlalu respect kat Usaili .. tu yang kena sama .. satu pengajaran kepada Pakatan Rakyat Perak..tentang Azrin. Si Azrin ni difahamkan bisness printing kat KL. Betui ker idak bisness dia teman tak tahu. Lurus bendui jer orangnye. Digunakan oleh Zul Hassan ..
Ingat teman kata apa tadi .. Zul Hassan sponsor poster Usaili dan lain2 yang berkaitan dengan kempen Usaili. Tentuler Zul Hassan printing kat Azrin .. ntah2 tak bayorpun. Lagipun deme ni satu kampung .. Zul Hassan memang dikenali sebagai penipu dan pembelit .. tapi selalu lepaih sebab Zul ni pandai .. buruk dia passing kat orang lain. Usaili tahu .. tu yang orang kampung heran .. pasei per ambik dia jadi Ahli Majlis? Oleh kerana Usaili ni spesis baik orang kampung terima jer si Zul ni .. ler ni mungkin Usaili boleh pikio ..
Itu yang teman dapat godek tentang siapa si Zul Hassan ni, bila dah buruk perangai, kelaku pun sama buruk dengan 'sang kelembui' jadi ape kisahnyer bila mulut 'busuk'nyer keluarkan kenyataan sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata:
“Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.'' Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar. Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Paling memilukan, terbarai pulak kenyataan media dari Ustaz Zul, Pemangku Ketua PKR Perak memberitahu kenyataan sedekah sex yang sebut oleh Zul Hasan itu disalahertikan oleh media. Salah erti ka, salah maksud ka…yang tu dah tak penting. Zul Hasan dah cakap benda tu dan dia kena bertanggungjawab.

Macam ler juga si Teresa Kok dah cakap apa yg dia dah cakap tentang isu 'makanan anjing', dia kena ler bertanggung jawab!Yang bagusnya si Teresa Kok itu telah memohon maaf. Tapi dalam kes ini, ia amat berat kerana telah melibatkan 'zina'. Jika benar, 'zina' itu telah berlangsung dengan lazatnya ketika bersama perempuan-perempuan ketika itu, maka wajar 'mangkuk' yang terlibat memohon ampun dan taubat kepada Allah. Memohon maaf sudah tidak releven dalam isu ini.Jika macam ini ler rupa 'gro' tu, dengan hujan pun turun pulak, dok tepi laut layan angin hembuih-hembuih, buleh sasau beb! Kurang iman, boleh bungkam kat celah tut..tut, benda sedekah pulak tu..hmmm!Kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah. Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. “Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal. “Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu).

Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin.”Mat Saman kati dalam blog nyer ada bilang,Ustaz Zul bagi tau, dia akan rekomen kat Nizar supaya Zul Hasan dilucutkan jawatan Ahli Majlis. Terpulang kepada Nizar, dia yang ada kuasa. Dan aku percaya, Nizar akan mengambil tindakan dalam sehari dua ni.Teman harap sangat ada tindakan yang lebih ekstrim dari setakat lucut jawatan, soal ini melibatkan 'intergriti'. Bagi teman, tak kisahler teman boleh tunggu 2-3 hari lagi, apa tindakan yang akan keluar dari mulut MB Perak, andai senyap dan sunyi ajer, teman mohon izin agar dibenarkan untuk teman menunjuk rasa 'protes' atas mulut bisu MB. Tapi usah bimbang, teman tidak akan terbalikkan gambo MB Perak tu, macam si Teresa, Tidak! tapi tunggu jerlah ! Ini teman udah bekabor awal.MSK kata lagi tentang tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Nizar, benda ni tak kan keluar dalam suratkhabar esok.

Bila tak keluar, jangan pulak hangpa kata aku bohong! “Tak keluaq dalam suratkhabaq pun!”. Aku berani sembelih ayam piru sekor, gerenti tak keluaq punya.albanjari - sedekah 'celah peha'(zina) tu benda sedap, lebih sedap dari sedut kretek. Dalam kretek cuma ada tembakau, tapi 'sedekah' celah peha tu boleh buat orang jadi 'sasau'. Pasai tu la agama dah 'haram'kan 'sedekah' macam itu. Stop!
Posted by Adam Trade at 6:40 PM

No comments: